Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Harith Iskander Beri Cadangan Kepada Raja Bomoh Selepas Tular Isu ‘Ritual Cegah Banjir’,

Harith dalam pada itu akui pernah memerli Raja Bomoh itu

by Naddy Joe
January 7, 2022
Share on Facebook

Video tular mengenai ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ yang melakukan ritual ‘cegah banjir’ mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang turut memberikan cadangan kepada individu itu.

Akui Pernah Mengejek ‘Raja Bomoh’

Menerusi posting di Instagram, Harith akui pernah memerli  ‘Raja Bomoh’ itu dan akui rakyat sudah berasa penat dengan kerosakan akibat banjir yang berlaku di beberapa buah negeri baru-baru ini.

“Raja Bomoh yang terkenal sudah kembali, kali ini melakikan ‘magic’ untuk mencegah banjir. Saya akui saya pernah mengejeknya sebelum ini..Tetapi rakyat begitu letih dengan kerosakan yang berlaku akibat banjir di Malaysia.

Pada kali ini saya rasa kita sanggup menerima semua dan apa-apa bantuan pada masa ini termasuklah kelapa yang dibawa ke udara.”- jelas Harith

Beri Cadangan Cipta ‘Sihir Halang Kerosakan & Kehilangan Nyawa’

Dikesempatan itu,  Harith berseloroh dengan memberikan cadangan kepada ‘Raja Bomoh’ itu untuk mencipta sihir yang akan menghalang sebarang kerosakan dan kehilangan nyawa disebabkan oleh ketidakcekapan manusia.

“Daripada hanya ‘mencegah lebih banyak banjir’ mungkin Raja Bomoh boleh mencipta sihir yang akan MENGHALANG sebarang kerosakan dan KEHILANGAN NYAWA disebabkan oleh ketidakcekapan manusia”-Cadang Harith

Sekadar info, sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai ritual yang dijalankan oleh Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita . Dan kini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti tindakan sewajarnya terhadap mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Harith Iskanderraja bomoh
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara