Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

5 Rahsia Pemakanan Orang Korea Yang Dapat Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Berseri

by Jash Lee
January 15, 2022
Share on Facebook

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kebanyakan orang Korea memiliki tekstur kulit yang sihat dan berseri serta glowing. Bukan sahaja rutin menjaga kesihatan kulit dari luar, malah mereka juga sangat mengambil berat tentang cara pemakanan seharian mereka.

Orang Korea juga mempunyai cara diet mereka yang tersendiri bagi mendapatkan kulit yang cantik, badan yang cergas dan kesihatan yang baik secara keseluruhan. Masakan dari Negara Ginseng ini memang terkenal sangat menyihatkan. Bermula dari protein yang dipanggang, sayur-sayuran dan nasi yang dikukus serta gemar minum minuman yang berasaskan teh. Mereka juga suka makan makanan yang rendah lemak, menghadkan pengambilan daging merah dan banyak menggunakan herba perubatan.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa mereka mempunyai kulit yang sihat dan berseri-seri. Hasil dari carian Beauty Tap, ini adalah rahsia tabiat pemakanan orang Korea. Jom kita tengok!

1. Masukkan Kimchi Dalam Setiap Diet Harian

via takeaway.bigmama

Kita juga mungkin sudah biasa dengan makanan Korea yang satu ini bukan? Kimchi juga antara makanan yang mudah didapati. Menurut The Nutrition Society, kimchi merupakan sejenis sayuran dan makanan kedua yang paling banyak digunakan di Korea Selatan. Biasanya kimchi hanya dimakan sebagai ulam. ini kerana kimchi bukan sahaja mempunyai rasanya yang tersendiri malahan kimchi juga mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain, lebih-lebih lagi makanan ini telah melalui proses fermentasi.

“Fermentasi adalah proses apabila bakteria atau yis memakan gula semula jadi makanan. Melalui fermentasi, pelbagai mikroorganisma hidup dicipta, sebahagian daripadanya adalah probiotik. Probiotik memainkan peranan dalam menjaga kesihatan usu kerana ia membantu badan melawan bakteria yang berbahaya dalam badan.” jelas Stacy K, Leung yang merupakan seorang pakar pemakanan dan guru yoga berdaftar yang berpangkalan di New York City.

“Pada asasnya, proses fermentasi ini juga dapat membantu meningkatkan penghadaman yang baik, ketersediaan vitamin atau mineral dan menggalakkan keseimbangan mikroflora yang sihat dalam usus.” kata Megan Hagar, pakar diet berdaftar holistik yang juga berpangkalan di New York City.

2. Suka Makan Rumpai Laut Yang Telah Diproses

via cewekbanget.grid

Rumpai laut telah menjadi bahan asas makanan yang sihat di Korea sejak sekian lama. Biasanya, orang Korea sering menggunakan rumpai laut di dalam sup atau biasanya dipanggil ‘miyeokguk’ yang melambangkan kesihatan yang baik dan selalunya dimakan pada hari ulang tahun atau wanita selepas bersalin. Selain sup, rumpai laut juga boleh dimakan sebagai ulam (banchan) atau untuk membungkus nasi gulung (gimbap) dan ada juga yang jadikan rumpai laut sebagai kerepek.

“Rumpai laut dapat memberi banyak manfaat kesihatan termasuk vitamin C, K dan juga kalsium. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan lain yang terletak pada kandungan iodinnya. Kekurangan iodin boleh menjejaskan tiroid dan boleh membawa kepada keletihan, kelemahan otot dan kolesterol tinggi.” kata Alana Kessler seorang pakar pemakanan di butik kesihatan mikro  Be Well By Alana Kessler.

3. Gemar Minum Teh

via inikpop.com

Bukan rahsia lagi bahawa orang Korea sebenarnya adalah peminum teh yang tegar. Walaupun mereka kerap minum teh untuk kesenangan, orang Korea juga sentiasa memberi perhatian dan memilih teh berdasarkan kandungan khasiatnya.

“Ianya bergatung kepada jenis teh yang digunakan, banyak yang mempunyai manfaat antioksidan. Selain antioksidan, teh tanpa kafein juga dapat memberikan sumber penghidratan yang baik. Dengan meminum teh panas, dapat menenangkan, mengurangkan tahap tekanan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.” kata Hagar seorang pakar pemakanan.

Antara teh yang popular di Korea adalah teh barli, ginseng dan teh hijau. Menurut Hagar, kandungan ketiga-tiga teh ini adalah yang terbaik yang dapat memberikan manfaat yang banyak pada tubuh.

4. Kerap Minum Sup Yang Kaya Dengan Kolagen

via idntimes

Kolagen juga merupakan salah satu bahan asas yang ada dalam setiap makanan orang Korea sama ada dalam bentuk sup ayam, makanan laut, daging atau tulang yang sangat popular digunakan. Pengambilan kolagen yang diyakini mampu meningkatkan tahap kesihatan kulit seseorang.

“Kolagen merupakan protein yang paling banyak dalam tubuh manusia dan merupakan komponen struktur utama tisu penghubung. Makan makanan yang kaya dengan kolagen juga bertanggungjawab untuk banyak perkara termasuk kesihatan dan kekuatan tulang dan dapat dapat menjaga kesihatan kulit.” kata Leung juga seorang pakar pemakanan.

Tambahnya lagi, “Kajian yang telah dilakukan pada wanita pertengahan umur menunjukkan bahawa mengambil suplemen kolagen juga dapat membantu bagi mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.”

5. Konsum Alkohol Tradisional

via Shutterstock

‘Makgeolli’ adalah sejenis minuman tradisional yang rendah alkohol bagi orang Korea. Minuman ini adalah minuman sihat yang mengandungi kira-kira 6 ke 8 peratus alkohol. Minuman beralkohol ini kaya dengan probiotik yang sangat baik untuk sistem penghadaman dan kulit. Selain itu, ia juga mengandungi asid amino dan vitamin B yang dapat membantu menengangkan dan mencerahkan kulit.

“Memang benar bahawa vitamin B terutamanya B3 dapat merawat jerawat dan jeragat serta probiotik juga adalah baik untuk kesihatan usus.” kata Leung.

Walaupun ia mempunyai manfaat yang baik untuk tubuh, sebenarnya minuman ini haruslah dihadkan jumlah penggunaannya. Kuantiti yang disyorkan untuk satu hidangan adalah 8 auns untuk wanita dan dua hidangan 8 auns untuk lelaki.

Jadi, itulah antara 5 rahsia pemakanan orang Korea yang dapat menjaga kesihatan kulit dan tubuh badan. Bagi pembaca, mungkin ada yang kita boleh juga boleh amalkan seperti mereka selain alkohol bagi yang beragama Islam.

carapemakanankulitsihatorangkorea
https://lomp.at/zxy4d
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Tunai Raya Aidifitri 2026- Semak Kelayakan Di Sini

by Nurul A.
March 16, 2026

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. MURAI yakin ketika ini pasti...

Read moreDetails
Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Berita

Zoo Negara Raikan Ramadan Dengan Program Memasak Bubur Lambuk

by Naddy Joe
March 7, 2026

Zoo Negara meneruskan lagi tradisi tahunan program memasak juadah bubur lambuk dengan mengangkat tema “Sinar Ramadan - Kongsi Rezeki” pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara