Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kenapa Tiba-Tiba Terasa?”- Iqbal Zulkefli Persoal Tindakan DSV ‘Sentap’ Dengan Komen

Iqbal meluahkan rasa kecewa kerana merasakan dirinya terus 'dibuli'

by Naddy Joe
January 12, 2022
Share on Facebook

Usahawan sensasi,  Iqbal Zulkefli meluahkan rasa sangsi apabila melihat bekas majikannya,Dato Seri Vida (DSV) yang terasa dengan komennya di sebuah hantaran portal hiburan.

“Saya Langsung Tak Mention Nama Pun”-Iqbal

Menerusi sebuah hantaran, Iqbal tampil mempersoalkan sikap Vida yang kononnya terasa dengan komen tersebut biarpun tidak menyatakan sebarang nama dalam komen itu. Malah, dia turut mempersoalkan kembali tindakan jutawan kosmetik itu yang memecatnya tanpa sebarang alasan munasabah suatu.

“Eh kenapa tiba-tiba terasa? Saya langsung tak mention nama pun dan langsung tak tuju kesitu. Kacang lupakan kulit? Saya dibuang serta merta 24 jam tanpa alasan munasabah kan?

Ingat kembali cerita yang padahalnya kes cemburu lalu buang saya. Sampai sekarang pun orang tak tahu kisah sebenar.”-dedah Iqbal

Bantu DSV Ketika Jualan Tidak Menjadi

Tambah Iqbal lagi, dia turut mengingatkan Vida mengenai bantuan yang diberikan ketika perniagaan usahawan itu tidak menentu suatu ketika dahulu.

“Jangan lupa diri juga dulu menangis kepada saya untuk buat sales tak menjadi lalu saya bantu. Malah saya bantu lagi, saya masuk ke TV menjual produk DSV kerana DSV masuk ke TV tiada orang membeli kerana banyak isu berlian palsu Aishah, isu Lavida Coin, isu LHDN dan banyak isu lain lagi”- dedahnya lagi

Kecewa Terus ‘Dibuli’

Dalam pada itu, Iqbal meluahkan rasa kecewa kerana merasakan dirinya terus ‘dibuli’ biarpun telah berniat untuk berbaik semula dengan Vida.

“Jangan kata saya kena sihir. Saya kecewa kerana sentiasa diperlakukan. Saya tidak mahu terus dibuli begini.

Cuba kalau tidak cuba pusing-pusing hal sebenar, pasti saya juga tidak akan pertahankan diri kerana saya bukan orang yang suka membuka hal tidak baik orang.

Saya baru sahaja mahu memaafkan dan berbaik. Ditambah lagi. Penat saya kalau terus begini.”-luah Iqbal

Terdahulu, Iqbal pernah tampil membidas kenyataan yang diberikan oleh Vida mengenai bayaran gaji sebanyak RM50,000 ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.  Dedah Iqbal, dia hanya mendapat RM1,400 sebagai permulaan gaji.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
VIDEO Cik B Berbahasa Cina Semasa Beli Baju Dapat Pujian
Ahmad Iqbal Zulkeflidato seri vida
https://lomp.at/bgads
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara