• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ezuwan Ismail Bongkar Rahsia! Adibah Noor Bayar Untuk Busana, Ingin Bantu Pereka Fesyen

Ezuwan Ismail sudah lama bersahabat dengan penyanyi popular itu.

by Khai Azfar
January 12, 2022
Share on Facebook

Di sebalik busana cantik yang diperagakan oleh Adibah Noor, siapa sangka disebaliknya adalah seorang pereka fesyen terkenal yang turut berjinak jinak dalam dunia nyanyian, Ezuwan Ismail yang sudah lama bersahabat dengan penyanyi popular itu.

Lebih 10 Tahun Mengenali Adibah Noor

Hanya tinggal dua minggu sebelum Gegar Vaganza 8(GV8) melabuhkan tirainya, Ezuwan mengambil kesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalamannya menyediakan busana untuk Adibah yang terjalin sejak lebih 10 tahun lalu.

foto Astro/Azrul Rafie

Menurut Ezuwan, dia menyifatkan Adibah sebagai seorang figura yang begitu menyenangkan dan tidak cerewet. Namun begitu, disebalik persahabatan mereka terdapat sesuatu yang lucu kerana dalam tempoh sedekad itu pertemuan ’empat mata’ diantara mereka boleh dibilang hanya beberapa kali.

“Kali pertama jumpa dia masa tengah hoskan sebuah acara fesyen di pusat beli belah KLCC. Masa itu saya teman Allahyarham Kak Pah (Datuk Sharifah Aini) jadi ‘muse’. Dia tengok baju arwah pakai masa itu dan cakap berkenan. Tambah pula dia dan arwah bertubuh comel atau ‘plus size’.

“Selepas itu, dia pernah datang ke rumah saya untuk ukur ukuran bentuk badan. Masa itu saya belum ada butik lagi. Selebihnya aliran komunikasi kami berlangsung selepas itu hanya menerusi telefon bimbit atau bermesej di aplikasi WhatsApp. Banyaknya lebih ke WhatsApp.

“Bayangkan sampai saya sudah ada butik di Taman Dagang, Ampang pun, dia tak pernah jejak. Selepas itu, adalah beberapa kali kami berjumpa untuk sesi ‘fitting’. Daripada dulu ukuran baju yang saya ambil kali pertama tak berubah ketara. Paling kurang pun dia akan cakap minta besarkan ukuran lebih seinci. Itupun boleh dikira berapa kali saja dia minta dibesarkan ukuran berkenaan,”  dedah Ezuwan

Adibah Tolak Penajaan, Ingin Bantu Pereka Fesyen 

Ibarat jatuh cinta kali pertama, sejak itu Adibah terus menggunakan khidmatnya sebagai pereka fesyen baju dan ditempah berulang kali.

“Siap baju yang ditempahnya untuk acara atau pertandingan, hanya sediakan invois untuk bayaran. Selepas itu, hanya pembantu peribadi atau pekerjanya yang datang ‘collect’ pakaian di butik saya. Dia hanya akan cakap nak warna baju itu ini dengan sejumlah tertentu. Perihal rekaan, semuanya dia serah bulat bulat dekat saya.

“Dia takkan tanya atau nak tengok rekaan bagaimana saya hasilkan untuknya. Bab rekaan, material kain atau potongan, apa yang dia utamakan adalah keselesaan dan nampak elegan walaun berukuran plus size. Malah selama ini, memang baju dihantar dan ditempah dipakainya tanpa banyak songeh dan tidak perlu ‘alter’.

“Keserasian dan kepercayaan itu mungkin juga jadi sebab kami terus bekerjasama. Dia tidak takut mencuba warna apa sekalipun. Kalau sudah plus size, buat apa nak sorok lagi. Dia pakai apa yang diingini, janji selesa,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Malah,lebih mengharukan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga menolak tajaannya dan lebih kepada konsep profesional iaitu dengan membayar pakaian yang ditempahnya.

“Pernah saya nak taja baju untuknya. Tapi dia menolak sebab nak ‘support’ survivor pereka fesyen seperti saya. Dulu terlintas hati nak taja masa dia mengacarakan Anugerah Industri Muzik. Dia tolak juga.

“Malah kalau sempena ulang tahun hari lahirnya, saya nak hadiahkan baju. Dia tetap dengan pendirian nak bayar. Atau paling kurang pun, dia hanya akan bersetuju bayar separuh kos baju itu macam komitmennya sepanjang di GV 8. Siap tak berkira ‘tag’ nama saya di bawah entri baju dipakainya,” katanya yang turut menjadi  pilihan selebriti seperti Rozita Che Wan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Pernah ‘Merajuk’

Dalam tempoh lebih 10 tahun itu, adat dalam hubungan terjalin, kerjasama mereka pernah terhenti seketika.

“Dijadikan cerita pernah satu ketika, baju yang dia nak tempah, saya tak dapat penuhi kerana terlalu sibuk dengan komitmen menyiapkan baju kahwin. Ikutkan selama ini, ada permintaan minit akhirnya kerana situasi tak terduga, saya boleh penuhi.

“Masa itu, dia guna khidmat pereka fesyen lain. Selang beberapa ketika, dia kembali kepada saya. ‘Merajuk’ dia tak lama. Saya meminta maaf kepadanya kerana bukan sengaja berbuat begitu. Kerjasama terjalin semula.

“Dia terus sokong khidmat dan kepakaran saya. Hingga kini hampir 1000 jugalah baju ditempahnya.
Apabila sudah selesa dan diberi kepercayaan penuh, saya sampai satu tahap bimbang mengulang siar rekaan baju. Tapi setakat ini ia belum terjadi,” katanya.

Mengenang kembali persahabatan dan kerjasama mereka, Ezuwan teringat akan kata-kata seorang individu yang pernah menyifaktan untungnya pereka fesyen itu sekiranya Adibah mempercayai khidmat dan bakat dimiliki.

“Masin mulut yang cakap itu. ‘Jodoh’ saya dengannya kuat sampai sekarang. Malah bukan nak bodek dia sebab guna khidmat saya. Tapi saya pernah dengar ada cakap dia diva dan cerewet. Namun sepanjang kerjasama kami, dia sangat ‘sempoi’ dan tidak seperti digambarkan.

“Pada akhirnya saya cuba berikan yang terbaik untuknya. Tambah pula, dia barangkali percaya bukan mudah untuk orang bertubuh gebu mendapat pakaian sesuai.

“Ini saya teruja nak siapkan pula baju separuh akhirnya untuk GV8. Kalau dia ada rezeki ke ‘final’, semestinya saya nak siapkan baju paling meletop untuknya,” katanya lagi

Selain Adibah, pentas separuh akhir GV8 turut menyaksikan Suki Low, Aliff Aziz, Aweera, Nikki Palikat, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee bakal berentap sesama sendiri pada 16 Januari 2021 menempah tiket ke peringkat akhir kelak.

adibah noorezuwan ismail
https://lomp.at/rsdog
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  4. 4

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore