Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

11 Peserta Big Stage 2022 Diumumkan! Turut Perkenalkan Elemen Baharu

Buat pertama kali proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung

by Khai Azfar
January 20, 2022
Share on Facebook

Setelah berehat selama setahun, program realiti Big Stage kini kembali untuk musim yang kempat. Menampilkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’, Big Stage 2022 bakal menyaksikan persaingan kompetitif di antara 11 bintang utama yang mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama lapan minggu.

Turut Disertai Peserta Dari Brunei & Indonesia 

Seramai sembilan BBNU dari Malaysia telah terpilih untuk beraksi di pentas ‘Big Stage 2022’. Manakala dua bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta dari Brunei dan Indonesia. Menepati ramalan Murai.my sebelum ini, bintang-bintang wanita terdiri daripada Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla.

Enam bintang lelaki pula terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).

Perkenalkan Elemen Baharu 

Menariknya mengenai musim kali ini, buat pertama kali proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum. Manakala,seorang juri jemputan juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu bagi mengisi kerusi ‘Juri Pedas’ untuk mengadili persembahan para bintang bersama-sama dua lagi juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai.

Big Stage 2022 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.

Selebriti versatil popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas utama selaku ‘Hos’ yang akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Februari 2022. Untuk info,pelanggan NJOI boleh menonton secara percuma konsert minggu pertama yang bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).

big stage 2022
https://lomp.at/5ltg7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara