Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Mak Kau Yang Menipu!” – Diva AA Nafi ‘Propa’ Masuk ICU

Dia sememangnya dimasukkan ke hospital berikutan mengalami keracunan makanan yang kronik

by Khai Azfar
January 21, 2022
Share on Facebook

Pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menolak dakwaan kononnya hanya berlakon semata-mata apabila dikejarkan ke unit rawatan rapi(ICU) di sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Alami Keracunan Makanan 

Menurut Diva AA, dia sememangnya dimasukkan ke hospital berikutan mengalami keracunan makanan yang kronik sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU. Berkongsi dengan lebih lanjut, Diva AA berkata dia diminta untuk berada di pusat perubatan tersebut untuk beberapa hari.

Namun, dia meminta kebenaran pihak hospital untuk keluar lebih awal kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru.

“Malam itu,saya beli burger di tepi jalan kerana malas nak pandu lalu yang beratur panjang di sebuah restoran makanan segera.

“Ini mungkin pengajaran buat orang ramai juga untuk lebih berhati-hati membeli makanan di jalanan. Tahun lepas pun saya dah kena tapi tak serik juga. Kesalahan saya sebab masa dapat itu saya terus makan di dalam kereta. Sepatutnya, balik dulu dan periksa ada cacing atau sebagainya tapi ini makan terus sebab lapar.

“Bercakap pasal ICU, saya hanya berkongsi foto tangan saya menerima drip air selain memaklumkan saya keracunan makanan dan tulis kapsyen jangan risau. Tak ada apa-apa pun sebab saya masuk pukul 5.30 pagi dan pukul 7.50 pagi saya cakap dekat doktor saya nak keluar hospital. Doktor pun terkejut dan dia cakap tak boleh sebab saya harus ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut. Tetapi saya cakap dekat dia kembali tak boleh sebab saya ada program di Johor Bahru” kata Diva AA kepada Murai.my

Diva AA Terkilan

Mengenai tohmahan netizen yang melampau, Diva AA akui rasa terkilan sehingga ada yang mendoakan serta beranggapan dia telah meninggal dunia selepas tular berita mengenainya.

“Mak kau yang menipu! Itu semua jangan layan sebab itu semua yang tidak suka saya. Yang suka saya semua okay saja. Tak sangka sebab ada yang cakap ‘Ingatkan masuk ICU dah mati’. Saya seorang individu yang sering dikecam. Pernah dengar orang masuk ICU sejam saja dan lepas itu siap menari dan drive sendiri ke JB?” soal Diva AA

Dalam pada itu, Diva AA turut menitipkan pesanan buat mereka yang tidak menyukainya.

“Saya gigih juga ke JB kerana mereka dah bayar saya untuk program tersebut. Netizen ingatkan saya dah nak mati, tak ke sakit orang yang macam ini? Jadilah orang-orang yang mulia kerana mereka akan doakan seperti supaya cepat sembuh. Saya ada hubungi Fauziah Nawi, dia pun cakap pernah terkena perkara yang sama. Orang itu kalau sakit, bermusuh sekalipun akan ziarah dan doa yang baik-baik” katanya lagi

Diva AA ditemui di sidang media rancangan realiti Mic On! musim kedua di Hard Rock Cafe, disini pada Khamis.

[VIDEO] "Kau Tunggu Pendedahan Sebenar"- Azwan Ali Berang Dengan Aliff Syukri

Dalam rancangan itu, Diva AA akan bergandingan bersama pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham sebagai pengacara. Mic On! akan mula bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat bermula 28 Januari 2022 jam 9 malam di Awesome TV (siaran 123 bagi Astro dan 122 bagi MyTV).

Diva AA
https://lomp.at/6vizj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara