• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Susah Sebenarnya Nak Cakap” – Nynaa Harizal Akui Kontroversi Lalu Beri Kesan Pada Keluarga

Nynaa bagaimanapun berkata dia masih berhubung dengan mereka.

by Khai Azfar
January 21, 2022
Share on Facebook

Pelakon Nynaa Harizal pada tahun lalu menggemparkan industri seni dengan kemelut rumahtangga nya sehingga menjadi bualan ramai.

Kontroversi Memberi Kesan 

Bagaimanapun, hubungan bersama suami, Mohamed Fahmi Ilyas kembali bertaut dan kini pasangan itu bahagia menjalani kehidupan bersama. Berkongsi perihal tersebut, Nynaa akui kontroversi lalu telah memberikan pelbagai kesan termasuk hubungan bersama keluarga. Tidak menjelaskan secara terperinci, Nynaa bagaimanapun berkata dia masih berhubung dengan mereka.

via Instagram Nynaa Harizal

“Susah sebenarnya nak cakap, tapi keadaan kami berdua sekarang baik-baik saja.

“Saya masih berhubung dengan keluarga tapi isu itu masih ada kesannya, apapun, saya rasa akhirnya semuanya akan okay. Keluarga pun lama-lama akan baik juga,” katanya

Nynaa ‘Hiatus’ Dari Tawaran Berlakon 

Bagi soal kerjayanya pula, Nynaa berkata buat masa ini dia menolak tawaran berlakon kerana ingin berehat .

“Buat masa sekarang rasanya isu rumah tangga kami tidak memberi kesan kerana saya masih dapat tawaran berlakon, cuma saya tolak dahulu sebab mahu rehat dan menikmati kehidupan,” katanya lagi

Tambah Fahmi pula, dia menafikan sekerasnya mengenai dakwaan kisah rumahtangga mereka yang dikatakan hanya sebuah gimik.

“Kalau kejadian itu gimik, macam-macam lagi cara lain yang saya boleh lakukan. Tapi bila melibatkan hal peribadi, ia memang gila hinggakan saya tak berharap perkara sama berlaku kepada musuh saya,” tegasnya.

Pasangan itu ditemui Murai.my di sidang media program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu, kontroversi rumahtangga mereka tercetus setelah Nynaa didakwa telah diculik ahli keluarganya sendiri.Susulan itu, Fahmi membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu berikutan hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.

Tidak lama kemudian, Nynaa memfailkan permohonan cerai kepada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru pada 10 November lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka kembali jernih dan memilih untuk tidak berpisah.

Nynaa Harizal
https://lomp.at/jqdz5
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore