Ramai yang suka mengikuti kehidupan peribadi selebriti Bollywood idola mereka. Kebanyakan selebriti ini mempunyai hubungan yang sangat baik dengan saudara kandung mereka. Apa yang lagi menarik, artis-artis Bollywood ini juga mempunyai hubungan yang baik juga dengan anak saudara mereka. Ini jelas dapat dilihat daripada foto yang telah dimuatnaik dan mereka kelihatan begitu rapat malah sering meluangkan masa bersama anak saudara tersayang.
Siapakah selebriti Bollywood yang kami maksudkan ini? Jom kita tengok hasil dari pencarian kami dari pelbagai sumber!
1. Karisma Kapoor
Karisma Kapoor merupakan kakak kepada diva Bollywood yang sangat popular, Kareena Kapoor. Karisma yang buat pertama kalinya menjadi ibu saudara apabila Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Taimur Ali Khan Pataudi ke dunia pada 20 Disember 2016 di Breach Candy Hospital.
4 tahun kemudian, Karisma Kapoor sekali lagi menjadi ibu saudara kepada anak saudara keduanya iaitu Jehangir Ali Khan pada 21 Februari 2021.
Karisma Kapoor kelihatan sangat menyayangi kedua-dua anak saudaranya itu, Taimur dan Jeh apabila dia sering berkongsi foto-foto comel mereka bersama di laman sosial dalam pelbagai majlis.
2. Tanishaa Mukerji
Pasangan selebriti Bollywood terkenal, Kajol dan Ajay Devgan mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang puteri yang bernama Nysa Devgan dan juga seorang anak lelaki, Yug Devgan. Kakak kepada Kajol, Tanishaa Mukerji yang juga merupakan pelakon sangat rapat dengan anak-anak saudaranya.
Tanishaa Mukerji telah bergambar beberapa kali bersama anak saudaranya di khalayak ramai. Tanishaa juga sering keluar makan tengaharai bersama anak-anak saudaranya itu terutama Nysa.
Dia juga tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari ulang tahun pada setiap hari lahir mereka.
3. Shamita Shetty
samavia igDua anak kepada Shilpa Shetty dan Raj Kundra, Viaan Raj Kundra dan Samisha Shetty Kundra adalah antara kanak-kanak selebriti Bollywood yang paling menonjol. Kakak kepada Shilpa Shetty ini sangat menyayangi kedua-dua anak saudaranya.
Shamita Shetty merupakan adik kepada Shilpa Shetty yang juga turut sama berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood. Shamita adalah ibu saudara yangsangat gembira apabila Viaan Raj Kundra dilahirkan pada 21 Mei 2012, kemudian diikuti oleh anak perempuan Shilpa, Samisha.
Shamita tidak pernah lupa membuat catatan khas untuk kedua-dua anak saudaranya itu pada hari lahir mereka. Katanya-katanya sentiasa membuat hati peminat merasa cair.
4. Amrita Arora
Kakak kepada Malaika Arora iaitu Amrita Arora ialah seorang ibu saudara yang sangat menyayangi anak saudaranya. Amrita sering berkongsi detik-detik manis bersama Arhaan iaitu anak kepada Malaika hasil dari perkahwinan bersama Arbaaz Khan.
Malaika telah berkahwin dengan Arbaaz Khan dari 1998 hingga 2017. Amrita tidak pernah sekali pun melupakan tarikh hari lahir Arhaan termasuk ketika ulang tahunArhaan yang ke 19 pada suatu ketika dahulu. Amrita membuat kiriman harijadi khas untuknya di intagram peribadi miliknya.
Pada masa yang sama, dia turut menulis ucapan selamat hari jadi yang manis yang telah menyentuh hati peminat. Betapa kacaknya Arhaan Khan bukan?
5. Kangana Ranaut
Aktres yang sering diketengahkan dalam di Bollywood, Kangana Ranaut yang merupakan seorang yang sangat menyayangi anak saudaranya, Prithvi Raj Chandel. Dia merupakan anak perempuan kepada kakak Kangana Ranggoli, Chandel dan suaminya, Ajay Chandel.
Kangana sering menyiarkan gambar dimana dia bermain bersama dengan anak saudaranya, memeluknya dan ketawa dengan anak saudaranya itu. Kedua-duanya mereka kelihatan sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan setiap kali mereka bertemu dan foto mereka adalah buktinya.
Kangana Ranaut juga tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada anak saudaranya itu pada setiap 15 November 2021. Dia juga berkongsi beberapa gambar kenangan yang tidak ternilai.
Itulah antara beberapa gambar selebriti dan anak saudara mereka yang sememangnya sangat HOT. Mereka nampaknya sangat menyayangi anak saudara mereka dan detik-detik mereka lalui bersama juga sangat manis dan comel. Yang mana satu yang menjadi idola anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.