• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suami Ada Hubungan Sulit? Ini Pendedahan Berani Oleh Adik Faziani Rohban

Menurut Faizul, arwah kakaknya pernah memberitahu ibu mereka mengenai hasrat ingin bercerai dengan suaminya itu. 

by Naddy Joe
January 24, 2022
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Adik kepada Allahyarhamah Faziani Rohban, Faizul Rohban tampil melakukan pendedahan berani mengenai Pengasas D’nars itu dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.

‘Cinta Dah Lama Mekar’ Ketika Arwah Masih Hidup

Menerusi hantaran yang dilakukan di laman Facebok,  Faizul memberitahu bahawa dia tidak akan mendedahkan tanpa fakta yang betul dan tampil mendedahkan foto abang iparnya bersama seorang wanita yang diambil pada  September, beberapa bulan selepas arwah terlibat dalam kemalangan pada 18 Mei 2019.

“Saya tidak berhujah tanpa fakta yang betul. 18.5.2019 kakak saya meninggal dunia. Lihat gambar di sebelah tu tarikhnya bila.

Kan saya dah kata cinta dah lama mekar mungkin sewaktu kakak saya masih hidup lagi perkara ini terjadi.”- dedah Faizul

Arwah Pernah Luah Hasrat Mahu Bercerai

Menurut Faizul, arwah kakaknya pernah memberitahu ibu mereka dan salah seorang kawan baiknya mengenai hasrat ingin bercerai dengan suaminya itu.

“Sebelum kematian kakak saya, arwah pernah berkata kepada umi saya dan salah seorang kawan baik dia waktu itu dia ingin bercerai.”-dedah Faizul lagi

Buat Pendedahan Selepas Terdapat Usaha Penjarakan Anak Saudara

via Sinar Harian

Tegasnya lagi, pendedahan berani itu dibuat setelah  kes mahkamah yang melibat anak sulung Allahyarhamah Faziani ,  Mohd Aqbar Hakim Jasman telah selesai selepas dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret. Keputusan itu dibuat mahkamas atas tuduhan menghantar ugutan yang ingin menyebabkan kematian terhadap Ahmad Shah yang merupakan bapa tirinya pada dua tahun lalu.

“Jarang saya nak dedahkan, tetapi bila melibatkan usaha memenjarakan anak saudara saya yang berusaha 21 tahun ketika itu, merosakkan rekod budak, kemudian tak datang mahkamah. Ini akibat dia. Mata bengkak lagi tu, naik kereta pun yang zaman arwah kakak saya lagi”- katanya

Sekadar info, allahyarhamah Faziani Rohban meninggal dunia akibat kemalangan bersama suaminya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019 ketika dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala bagi memberikan sumbangan sempena bulan Ramadhan.

Faziani Rohban
https://lomp.at/h0wrr
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore