Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

5 Jenis Makanan Yang Boleh Mencetuskan Bau Badan Yang Berlebihan

by Amirul Fikry
January 29, 2022
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahukah anda bahawa selain daripada peluh dan bakteria yang melekat pada badan, bau badan juga boleh tercetus dengan lebih teruk lagi oleh makanan yang diambil. Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menjejaskan bau peluh yang dihasilkan dari badan.

Apakah antara makanan yang boleh mencetuskan bau badan? Berikut kami ada ringkasannya. Jom kita tengok!

1. Bawang 

via Pixabay

Bukan rahsia lagi bahawa bawang sememangnya antara yang boleh menjadi punca bau badan antaranya bawang putih dan bawang merah. Ini adalah kerana bawang mengandungi bahan sulfur yang dapat meruap dan akan menyebabkan bau pada peluh yang dihasilkan oleh tubuh. Air kencing dan nafas selepas bahan ini dihadam juga boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Makanan Pedas

via misteraladin.com

Adakah anda antara yang menggemari makanan pedas? Jika ya, anda perlu berhati-hati. Selain dari tidak baik untuk kesihatan penghadaman, makanan pedas juga boleh mencetuskan bau badan. Ini adalah disebabkan oleh kandungan gas yang dikeluarkan oleh badan melalui peluh selepas anda makan makanan yang pedas.

3. Makanan Laut 

via Pixabay

Secara tidak langsung, bau hanyir daripada makanan laut juga boleh menjejaskan bau badan. Baunya disebabkan oleh kandungan kolin di dalam makanan ini. Sesetengah orang tidak dapat mencerna kandungannya dengan baik.  Jadi, kolin akan menghasilkan sebatian trimethylane dalam badan dan boleh menyebabkan bau badan.

4. Daging Merah

via BH.com

Daging merah seperti daging kambing dan daging lembu boleh menyebabkan bau badan jika diambil secara berlebihan. Ini kerana daging adalah sejenis makanan yang sukar dihadam oleh badan dan meninggalkan sisa. Sisa tersebut akan dikeluarkan bersama peluh dan ini boleh menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.

5. Sayur-Sayuran Cruciferous

via kicauqqlounge.com

Sayur-sayuran cruciferous adalah sayuran yang mengandungi sulfur di dalamnya. Walaupun sayuran ini selamat dan sihat untuk dimakan, namun bahan-bahan ini juga boleh mencetuskan bau badan. Antara beberapa jenis sayuran yang mengandungi sulfur yang tinggi adalah seperti brokoli, lobak, kentang, kobis dan brusel.

Itulah antara 5 jenis makanan yang boleh mencetuskan bau badan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan ini jika anda antara yang mudah berpeluh dan sering mengalami masalah bau badan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
makananpuncabaubadan
https://lomp.at/yiizn
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem