Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Gaya Comel Pengantin Baru Park Shin Hye Dan Choi Tae Joon Dengan Pakaian Tradisional Korea

by Amirul Fikry
January 29, 2022
347
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasangan pelakon Korea popular, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon secara rasminya telah melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu (22 Januari). Majlis perkahwinan pasangan itu dilaporkan telah berlangsung secara tertutup di Seoul, Korea Selatan.

Selepas detik perkahwinan mereka, Park Shin Hye telah memuat naik gambar pra-perkahwinan mereka yang bertemakan tradisional Korea. Dalam foto yang telah dikongsikan oleh Park Shin Hye, kelihatan  bintang ini mengenakan hanbok ungu yang begitu cantik sekali.

via Ig

Menurut AMK News, hanbok tersebut telah direka khas oleh pereka pakaian tradisional Korea Selatan, House of Lynn. Hanbok yang berwarna ungu dengan corak berjalur biru dan cyan dengan rekaan kembang pada bahagian bawah badan. Wanita yang sedang hamil anak sulung ini juga kelihatan sangat menawan bak puteri diraja.

“Terima kasih kepada semua yang telah menghantar banyak ucapan dan tahniah,” tulis Park Shin Hye dalam kapsyen foto tersebut.

via Ig

Tidak lama selepas memuat naik foto tersebut, Park Shin Hye telah memuat naik satu lagi foto di instagram story miliknya dimana mereka telah mengenakan hanbok dengan warna yang berbeza berbanding foto sebelumnya. Dia dilihat memakai hanbok warna teal garden dengan tali leher berwarna ungu gelap yang direka khas oleh pereka yang sama.

Manakala sarung tulle di bahagian bawah berwarna biru tua yang samar-samar menampakkan skirt hanbok hijaunya. Bagi Choi Tae Joon pula, dia dilihat memakai pakaian tradisional lelaki yang berwarna kelabu gelap.

Dengan memakai pakaian tradisional Korea, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon telah bergambar comel dan mereka kelihatan gembira sambil menari. Kedua-duanya juga telah menampakkan gaya yang lebih anggun dan ceria.

Park Shin Hye mengenakan 3 pakaian yang berbeza dalam foto pra-perkahwinan mereka.

via Ig

Dalam gambar yang telah dimuat naik, pasangan ini kelihatan sangat romantis dan elegan. Park Shin Hye juga kelihatan sangat cantik dengan tiga gaun pengantin yang berbeza. Park Shin Hye begitu ayu apabila mengenakan gaun sambil memegang sejambak bunga tangan disamping suaminya.

Park Shin Hye juga kelihatan begitu anggun sekali dengan gaun berlengan panjang yang diperbuat dari lace.

via Ig

Dia kelihatan memukau apabila mengenakan gaun berwarna putih dengan aksen laser cut  yang mewah dan elegan. Dia juga dilihat begitu menawan seperti peri hutan di tengah-tengah dedaun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ChoiTaeJoonparkshinhye
https://lomp.at/eup14
Share139Tweet87SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem