Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

3 Selebriti Korea Yang Akan Berkahwin Pada Tahun 2022

Park Se Young, Chansung 2PM juga mengumumkan akan menikahi sang kekasih pada Februari 2022

by Amirul Fikry
January 29, 2022
344
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahun 2022 baru sahaja membuka tirainya, namun ramai peminat drama Korea dikejutkan dengan perkahwinan selebriti kesayangan mereka antaranya Park Shin Hye dan Choi Tae Joon yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Pasangan ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan peminatnya yang telah mendoakan di hari bahagia mereka.

Kebelakangan ini, sudah menjadi trend  dimana artis Korea secara tiba-tiba mengumumkan tentang perkahwinan mereka. Malah ada yang telah pun menjalinkan hubungan secara rahsia dan tiba-tiba sahaja mengumumkan yang mereka akan berkahwin.

Selepas Park Shin Hye dan Choi Tae Joon, ada lagi artis Korea yang akan berkahwin pada tahun 2022. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Chansung 2PM

via Ig

Pada Disember 2021 yang lalu, Chansung 2PM telah mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya. Anggota termuda dalam kumpulan dibawah syarikat rakaman JYP Entertainment ini juga mendedahkan bahawa tunangannya itu kini telah pun berbadan dua.

Chansung berkongsi berita gembira tersebut melalui sepucuk surat tulisan tangan  yang telah disiarkan di media sosial. Dia juga berkongsi bahawa dia telah lama bercinta dengan teman wanitanya itu dan mereka telah memutuskan untuk disatukan pada awal tahun 2022. Dilaporkan, tunang Chansung lebih tua 9 tahun darinya.

Bersama berita gembira ini, Chansung turut mendedahkan bahawa kontraknya bersama JYP akan berakhir tidak lama lagi. Idola kelahiran 1990 itu kini aktif dalam dunia lakonan dengan membintangi banyak drama seperti Queen For Seven Days, What’s Wrong With Secretary Kim dan yang terbaru Show Window: The Queen’s House.

2. Park Se Young

via suara.com

Park Se Young dan Kwak Jung Wook telah bertemu di set penggambaran drama KBS School 2013. Park Se Young membawakan watak sebagai Song Ha Gyung iaitu seorang naib presiden di dalam kelas dan tempat pertama di sekolah, manakala Kwak Jung Wook pula membawa watak sebagai orang yang suka membuat onar sebagai Oh Jung Ho.

CL & Company telah membuat pengumuman secara rasmi mengenai perhubungan pasangan ini. Hubungan mereka berdua juga telah menjadi semakin serius daripada digandingkan bersama dalam School 2013 sebagai sahabat sehingga akhirnya menjadi sepasang kekasih yang sebenar.

Mereka menjadi sangat rapat sejak pertama kali bertemu sehingga mereka akhirnya telah memutuskan untuk berkahwin pada bulan Februari 2022. Park Se Young terkenal dengan penampilannya dalam drama Whisper, Money Flower dan Special Labor Inspector Mr Jo.

3. Son Dam Bi

via suara.com

Pada Disember 2021 yang lalu, agensi Son Dam Bi dan Lee Kyou Hyuk telah mengesahkan bahawa mereka berdua telah menjalinkan hubungan selama 3 bulan. Namun, Son Dam Bi secara ringkasnya telah menafikan kenyataan berikut sebagai tindak balas kepada khabar angin berdasarkan dakwaan tidak berasas tersebut daripada seorang Youtuber.

Bagaimanapun, pada 25 Januari 2022, Son Dam Bi telah berkongsi surat yang ditulis di instagram bagi mengumumkan perkahwinannya secara peribadi dengan Lee Kyou Hyuk. Mereka akan berkahwin tahun ini namun tidak menyatakan bila tarikh yang sebenar.

Son Dam Bi telah memulakan kariernya sebagai penyanyi sejak tahun 2007 dan telah mengeluarkan beberapa lagu hits  antaranya Crazy dan Saturday Night. Dia juga telah mula berlakon pada tahun 2009 dan mendapat perhatian kerana wataknya dalam When The Camelia Blooms pada 2019.

Bakal suaminya, Lee Kyou Hyuk pula adalah seorang bekas pemain luncur Fast Speed Track yang telah memenangi Piala Dunia Speed Skating sebanyak empat kali. Pada tahun 1997 dan 2001, dia telah mencipta rekod dunia masing-masing untuk acara 1,000 meter dan 1,500 meter.

Apa-apapun, kami di murai.my mengucapkan tahniah dan semoga hubungan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
menikah2022selebritikorea
https://lomp.at/r1kqe
Share138Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem