Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Kalau Rasa Cringe Beritahu Saya”- Neeta Sedia Dikritik Dalam Bidang Lakonan

Neeta kini bergelar pelakon selepas diberi kepercayaan untuk terbabit di dalam sebuah drama atas talian

by Khai Azfar
January 28, 2022
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti berbakat besar, Neeta kini bergelar pelakon selepas diberi kepercayaan untuk terbabit di dalam sebuah drama atas talian berjudul Sayap Bagimu baru-baru ini.

Neeta Sedia Dikritik

Menurut Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa,28 ia adalah percubaan pertama nya untuk berlakon. Akui agak kekok dalam drama tersebut, Neeta bagaimanapun mengalu-alukan segala kritikan dan komen daripada orang ramai mengenai lakonannya.

“Hari itu saya ada cuba berlakon dan telah pun ditayangkan di YouTube. Tetapi tidak tahu menjadi atau tidak lakonan saya. Saya dah tengok dan agak cringe jadi anda kena tengok dan kalau cringe beritahu saya dan saya akan berhenti berlakon. Kalau rasa ada bakat, saya akan teruskan” seloroh Neeta

Nyanyian Sentiasa Jadi Keutamaan

Bercakap mengenai karier nyanyiannya, pelantun Hanya Mimpi ini berkata nyanyian akan sentiasa menjadi keutamaannya biarpun mendapat pelbagai tawaran dalam bidang lain termasuk pengacaraan.

“Saya dah pun habis kontrak pengacaraan dengan sebuah program tv. Saya rasa saya banyak belajar dari program itu.

“Muzik akan sentiasa menjadi nombor satu kepada saya dan pengacaraan saya selalu anggap sebagai satu rezeki tambahan dan sesuatu yang saya boleh belajar. Ini kerana bila mengacara kita kena selalu main eye contact tak macam menyanyi lebih santai jadi perkara itu yang saya belajar daripada pengacaraan:” katanya

Tambah Neeta lagi, dia tidak akan serik untuk mengacara kerana itu juga merupakan salah satu impian daripada kecil terutamanya jika dapat mengendalikan program berbentuk kembara.

“Saya tidak akan serik mengacara kerana sejak kecil saya berminat untuk membuat program travelog. Kadang-kadang saya ada terima juga tawaran pengacaraan tetapi saya tolak dengan baik sebab saya rasa tak boleh lakukannya. Jadi kalau saya rasa saya boleh buat saya akan ambil” katanya lagi

Neeta ditemui Murai.my di sesi santai kafe 15 May di pusat membeli belah MyTown Cheras disini. Untuk info, kafe tersebut merupakan kafe pertama di Malaysia berkonsepkan piknik Korea di dalam pusat membeli belah.

Selain konsep tersebut, 15 May turut menawarkan aneka makanan termasuk sajian terkenal di Korea. Khas untuk pembaca Murai.my diskaun sebanyak 10% akan diberikan kepada anda dengan menyatakan kod PICNIC15K ketika membuat pembayaran.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Neeta
https://lomp.at/s8kbk
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem