Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Jenama Charms Terus Lebarkan Sayap! Kini Bekerjasama Dengan UTHM

Kajian dan analisa produk menelan kos lebih RM50,000

by Khai Azfar
February 10, 2022
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama produk kosmetik dan penjagaan wajah, Charms terus lebarkan sayap bagi memastikan produk keluaran mereka diyakini ramai.

Jalin Kerjasama Dengan UTHM 

Terbaru, Charms yang mula diperkenalkan sejak tahun 2012 mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuaan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk kecantikan Charms.

Telan Kos Lebih RM50,000

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas produk kecantikan Charms, Nur Bashirah Hussin, kajian dan analisa produk yang menelan kos lebih RM50,000 itu akan mengambil masa selama enam bulan sejak November lalu sebelum keputusan ujian dikeluarkan.

“Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan projek ini.

“Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.

“Pihak Charms berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik”katanya.

Untuk info produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
charmsuthm
https://lomp.at/p5642
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem