Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ada Artis & Krew Produksi JS Pictures Tertekan? Jinggo & Sheila Rusly Tampil Beri Penjelasan

Sheila berkata da boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali portal tersebut.

by Naddy Joe
February 11, 2022
Share on Facebook

Pengarah terkenal Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo tampil memberikan penjelasan selepas terdapat sebuah portal hiburan mendakwa ramai artis, kru produksi, dan pelakon tambahan berasa tertekan apabila bekerja di bawah produksinya, JS Pictures.

Hasilkan Drama Bukan Perkara Mudah

Menerusi Instagram, Jinggo menjelaskan bukan mudah untuk menghasilkan drama seperti yang disangka dan dia harus bersikap tegas di set penggambaran bagi memastikan proses penggambaran berjalan dengan lancar.

“Buat drama tak sama..Tak senang macam makan ROTIKAYA. Kalau ada yang lambat, Tok Sidang kena jeritkan. Kalau tak nanti shooting lambat habis. Kalau banyak gelak dari kerja, Tok Sidang kena jeritkan, suruh fokus baru shooting habis on time.”- jelas Jinggo

View this post on Instagram

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Tambah Jinggo, dia harus memberikan teguran jika terdapat pelakon yang bersikap sambil lewa tidak menghayati skrip kerana dilihat tidak menghormati artis lain yang sudah melakukan persediaan.

“Kalau artis category nak sign sebab payment jer, lepas tu skrip simpan dalam kereta, kat set pakai skrip Director je, Tok Sidang kena bahasa kan  sebab tak respect artis lain yang ikhlas buat kerja, study character, baru output drama kita tak dipersoalkan oleh stesen televisyen sebab Tok Sidang kena jawab dengan stesen televisyen bukan netizens. TAPI TAK SEMUA ARTIS CREW ADA PERANGAI MACAM TU..”- tegasnya

“Boleh Saman Ni”-Sheila Rusly

Dalam masa yang sama, isteri Jinggo yang juga penerbit dan pelakon, Sheila Rusly  turut berang dengan tindakan pengendali portal tersebut dan memberi amaran bahawa dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Headline Melampau! Boleh saman ni..Jangan cabar kesabaran saya @rotikaya kalau dah miskin sangat dengan content datang set Ratu Ten Pin 2.”- tulis Sheila

Sebelum ini, Murai.My melaporkan Jinggo pernah nekad untuk meneruskan saman terhadap sebuah halaman (page) akaun Facebook yang dikenali sebagai ‘Kaki Komen’ selepan pengendalinya mendakwa Sheila mahu menyatukan hubungan anak mereka, Uzair Haqimy dengan pelakon Janna Nick. Namun, hasrat tersebut kononnya tidak kesampaian apabila ditolak oleh pelakon itu lalu memilih Elisya Sandha sebagai menantu.

Error happened.
Sheila Rusly Disoal Adakah Jinggo Pernah Didekati Penyondol? Ini Responnya!
Jinggosheila rusly
https://lomp.at/psb9a
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara