Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Sebelum Son Ye Jin, 3 Wanita Ini Pernah Jadi Kekasih Hyun Bin!

Anda ingin tahu siapakah selebriti wanita itu? Scroll sampai habis okay!

by Naddy Joe
February 11, 2022
1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita gembira daripada pasangan selebriti Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye Jin yang mengumumkan bahawa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat telah menimbulkan keterujaan buat peminat dari seluruh dunia.

Namun adakah anda tahu sebelum Son Ye Jin bertakhta di hati Hyun Bin, terdapat 3 selebriti Korea Selatan yang pernah menjadi kekasih hero filem Crash Landing On You ini. Anda ingin tahu siapakah selebriti itu? Scroll sampai habis okay!

Hwang Ji Hyun

Wanita pertama yang pernah menjadi kekasih Hyun Bin adalah Hwang Ji Hyun pada tahun 2005. Hwang Ji Hyun adalah seorang aktres dan juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop Gangkidz. Hubungan mereka mendapat banyak tentangan dari orang ramai kerana berpendapat Hwang Ji Hyun dianggap tidak setaraf dengan Hyun Bin yang ketika ketika itu sedang berada di puncak kariernya.

Mereka juga diketahui telah memutuskan hubungan secara senyap pada tahun 2007. Hwang Ji Hyun kemudian telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan yang berusia lebih tua darinya di sebuah gereja, Gyeonggi-do pada 3 Oktober 2019.

Song Hye Kyo

Hyun Bin dan Song Hye Kyo mulai bercinta pada tahun 2008 ketika mereka membintangi siri The World Within. Khabar ini turut disahkan oleh pihak agensi mereka. Malangnya hubungan mereka tidak kekal dan berakhir apabila Hyun Bin harus menjalani latihan ketenteraan pada tahun 2011

Terdapat beberapa alasan pengakhiran hubungan mereka yang muncul ketika itu, mulai dari kesibukan kerja sehingga perhatian orang ramai yang terlalu besar sehingga menyebabkan tekanan pada mereka berdua.

Song Hye Kyo kemudian berkahwin dengan aktor kacak Song Joong Ki pada 31 Oktober 2017 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2019.

Kang Sora

Agensi Hyun Bin dan Kang Sora telah mengesahkan bahawa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa pada pertengahan tahun 2016. Namun hubungan mereka hanya bertahan selama satu tahun sahaja dan secara rasmi telah berpisah pada Disember 2017.

Kang Sora kemudian telah berkahwin dengan individu yang bukan di kalangan selebriti pada Ogos 2020 dan menyambut anak pertama pada April 2021.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hyun BinSon Ye Jin
https://lomp.at/s5afi
Share468Tweet292SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem