Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai satu kenyataan dari Menteri Kesihatan mengenai perancangan keperluan dos vaksin ke-4. Ramai yang telah memberi respond mengenai isu ini.
Mengkaji Dos Penggalak Keempat
Menurut BH Online, Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos dan ianya terlalu awal untuk buat kesimpulan.
Penghabisan ‘Stock’ Sebelum Tarikh Luput
Kenyataan dan video rakaman pemberian vaksin ke-4 tersebut telah mendapat perhatian Damian Mikhail. Damian telah berkongsikan di laman Instagram miliknya dengan ‘caption’ penghabisan ‘stock’.
Para Konformis yang dihormati. Selamat berseronok. Penghabisan stok sebelum tarikh luput.
Netizen Turut Mempersoalkan Dos Ke-4
Perkongsian dari Damian itu mendapat perhatian netizen. Ramai yang mempersoalkan mengenai video tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju pengambilan dos ke-4.
Sebelum ini, kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain, mendedahkan bahawa suntikan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.