Sudah memasuki bulan kedua bagi tahun 2022, sangat menyedihkan apabila masih berlaku diskiminasi terhadap Orang Kurang Upaya (OKU). Pendedahan ini dilakukan oleh seorang netizen di Twitter yang mahu memohon kerja separuh masa (part time) di sebuah kafe kopi jenama tempatan yang dikenali ramai.
Tidak Mahu Diambil Bekerja Selepas Mengaku OKU
Menerusi laman Twitter, netizen ini memberitahu bahawa pengambilan pekerjaan itu ditutup selepas memberitahu bahawa dia mempunyai masalah pekak walau mempunyai pengalaman bekerja sebagai barista di sebuah kedai kopi berjenama terkenal di seluruh dunia.
Tampil Mohon Maaf
Pihak jenama kopi tempatan berkenaan tampil memohon maaf terhadap warganet tersebut dan mengambil serius terhadap sebarang bentuk diskriminasi dalam proses pengambilan pekerja.
“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas cara komunikasi yang kurang baik yang telah menyebabkan salam faham yang tidak diingini ini.
Kami mengambil serius perkara ini kerana kami tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi dalam proses pengambilan pekerja kami”
Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Diskriminasi terhadap OKU yang dilakukan oleh sebuah kafe kopi berjenama terkenal mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mahu memboikot jenama kopi tempatan itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.