Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Sungguh Tak Relevan”- Dr Sheikh Muszaphar Komen Isu Soalan Ujian Lisan SPM

Angkasawan negara ini berpendapat lebih banyak topik lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda pelajar berumur 17 tahun

by Naddy Joe
February 16, 2022
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi subjek Bahasa Melayu bertajuk ‘Apa perkahwinan anda?’ mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menganggap tajuk sebegitu tidak relevan diberikan kepada pelajar berumur 17 tahun.

via FMT

“Sungguh Tak Relevan”

Menerusi posting di Instagram, angkasawan negara ini berpendapat lebih banyak topik lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda pelajar berumur 17 tahun seperti topik pandemik COVID-19, keberkesanan PDPR dan pelbagai lagi topik yang menjurus kepada topik semasa.

“Perkahwinan Idaman’ tajuk yang diberikan buat pelajar SPM 2022 untuk viva BM. MasyaAllah..

Ada banyak lagi topik hangat lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda. Pandemik COVID-19, Keberkesanan PDPR, manfaat gajet dan pelbagai lagi yang menjurus kepada topik semasa.

Sungguh mengecewakan. Sungguh tak relevan. Tersentap kejap diri ini.”-Dr Sheikh Muszaphar

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjuan Murai di ruangan komen posting angkasawan ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen malah ada yang meminta angkasawan negara ini untuk tidak memperlekehkan soalan ujian lisan yang diberikan kepada pelajar SPM tahun ini.

“Jangan pernah memperlekehkan soalan itu, pelajar bijak akan hadir dengan idea bernas yang kita tak pernah jangka. Topik perkahwinan ni agak hot juga buat masa pandemik ni.”

“Sebagai pentaksir suami saya beritahu saya bahawa ia saat yang kekok dirasakan oleh pelajar apabila mereka mendapat soalan ini.”

Sangat-sangat setuju dengan pandangan Dr. Kecewa saya dengan soalan yang dikemukakan. Doakan anak saya cemerlang dalam SPM ye Dr.”

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan tajuk ujian lisan SPM 2022 ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Dr Sheikh Muszaphar shukorspm 2022
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara