Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Natasha Hudson Tidak Setuju Suami Boleh Guna ‘Sentuhan Fizikal Yang Lembut Tetapi Tegas’ Untuk Didik Isteri

Dia menyatakan bahawa terlalu ramai individu bodoh yang berfikiran mereka boleh menghukum sesiapa sahaja

by Naddy Joe
February 18, 2022
Share on Facebook

Tips mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Siti Zailah Mohd Yusoff  mengenai para suami boleh menggunakan ‘sentuhan fizikal yang lembut tetapi tegas’ untuk mendidik isteri yang tidak berdisiplin mendapat kritikan sesetengah pihak termasuk pelakon Natasha Hudson. 

Menerusi Insta Stories, Natasha berpendapat keganasan boleh menjurus kepada penderaan mental.  Malah, dia menyifatkan terlalu ramai individu kurang bijak yang berfikiran mereka boleh menghukum sesiapa sahaja termasuk isteri sendiri.

“Telalu ramai orang bodoh berfikiran mereka mereka boleh hukum dan menyentuh sesiapa yang mereka suka walaupun isteri sendiri, teman wanita, pasangan, dan sebagainya.”-komen Natasha

Sedih Dengan Penderaan Yang Dianggap Perkara Kecil

Tambah Natasha,  dia berasa sedih dengan penderaan yang dianggap sebagai satu perkara yang kecil.

“Sedih dan lebih menyedihkan apabila penderaan itu tidak disokong atau dilakukan seperti ianya perkara yang kecil.

Keganasan membawa kepada lebih banyak penderaan mental dan ketidakstabilan. Individu narsisistik merasakan mereka boleh lalui perkara seperti ini dengan mudah.”-katanya lagi

Selain Natasha, tips yang dikongsikan oleh Timbalan menteri itu turut mendapat kritikan oleh Ahli Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan nasihat Siti Zailah itu adalah sesuatu yang ‘merugikan’.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Natasha Hudson
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara