Selebriti Hollywood yang membuat tatu di muka bukan lagi menjadi pantang larang malah mereka membuat tatu di wajah bagi menghiasi wajah agar kelihatan lebih sempurna dan menarik. Walaupun ada pihak yang mendakwa tatu di muka boleh memberi kesan buruk kepada kerjaya mereka terutama sekali dalam dunia hiburan. Namun, beberapa selebriti yang bakal kami senaraikan ini langsung tidak ambil kisah dan terus melakar tatu di wajah mereka. Siapakah mereka? Jom kita tengok!
1. Justin Bieber
Tatu nampaknya sangat dekat dengan Justin Bieber. Dia juga mempunyai banyak tatu di beberapa bahagian badannya. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa penyanyi ‘Yummy’ itu mempunyai tatu di wajah, khususnya di atas keningnya. Bukan gambar tetapi tulisan “Grace” yang telah diukir oleh pelukis tatu, JonBoy.
2. Wiz Khalifa
Wiz Khalifa mempunyai beberapa tatu di wajahnya termaksud yang sangat bermakna padanya iaitu tulisan ‘Bash’, nama anak lelakinya. Di samping itu, terdapat juga tatu bintang, bulu burung, simbol keamanan, sauh hingga kod muzik yang digambarkan dalam cebisan kecil terutama yang menghiasi bahagian mata dan bahagian pipi kirinya.
3. Amber Rose
Amber Rose mempunyai tatu di bahagian dahi dengan nama kedua-dua anaknya iaitu Slash dan Bash. Tatu itu baru dilakar pada Februari 2020.
4. Chris Brown
Chris Brown juga mempunyai tatu yang unik di bahagian pipi kanannya. Tatu itu menggambarkan kasut Air Jordan. Kali pertama dia menunjukkan tatunya adalah pada Grammy Awards 2020. Tetapi apabila janggut mulai tumbuh, tatu tersebut tidak kelihatan dan tertutup.
5. Lil Wayne
Rapper Lil Wayne mempunyai tatu hampir di seluruh bahagian wajahnya. Ini termaksud salib, 9 bintang, simbol tribal, dua air mata, simbol keamanan, roket mini dan beberapa tulisan seperti ‘Fear God’, ‘inisial C’, ‘I Am Music’ dan ‘Misunderstood’.
6. Gucci Mane
Tatu Gucci Mane sangat unik di wajahnya. Rapper ini mempunyai tatu aiskrim sejak tahun 2011 lagi. Tatu itu juga mempunyai maksud yang mendalam kepada peminatnya bahawa dia sentiasa cool seperti aiskrim. Comel kan?
7. Presley Gerber
Presley Gerbes mempunyai tatu dengan perkataan ‘misunderstood’ di bahagian bahawa mata kanannya. Punca tatu tersebut diukir adalan anak kepada supermodel Cindy Crawford dan Rande Gerber ini sering merasa salah faham di sepanjang hayatnya.
8. Lil Xan
Lil Xan membuat tatu di mukanya bagi mengingati sahabat baiknya, Mac Miller yang telah meninggal dunia pada September 2018 lalu akibat pengambilan dos yang berlebihan. Dia menulis ‘Memento mori’ di bahagian atas keningnya yang membawa maksud ‘ Ingat Kamu Akan Mati’.
9. Post Malone
Post Malone sememangnya dikenali kerana mempunyai banyak tatu di wajahnya. Daripada lukisan pedang, kawat berduri dan tulisan ‘Always Tired’. Namun ternyata Post Malone merasakan wajahnya menjadi hodoh sehinggakan dia melukis sesuatu yang lebih cool bagi meningkatkan keyakiran dirinya.
10. Aaron Carter
Aaron Carter mengukir tatu di sebahagian wajahnya dan yang paling menarik perhatian adalah satu imej yang kelihatan seperti Medusa. Tatu tersebut terinspirasi dari Rihanna yang menjadi cover untuk majalah GQ 2013 yang lalu.
Itulah antara barisan 10 selebriti Hollywood yang melakar tatu di wajah mereka. Adakah di antara mereka yang menjadi idola anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.