• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

AJL 36 Bakal Dibuka Kepada 200 Penonton!

Dibuka kepada mereka yang mempunyai jemputan khas dan perlu menjalani ujian swab RTK

by Khai Azfar
February 21, 2022
Share on Facebook

Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang akan bersiaran langsung pada 6 Mac depan dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur membawa kembali kehadiran penonton secara fizikal selepas diadakan secara virtual pada edisi yang lalu.

Dibuka Kepada 200 Penonton

Bertemakan ‘Ini Rentak Kita’ yang menyatukan 12 lagu daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak 12 buah lagu AJL 36, kehadiran penonton itu kelak tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat. Bagi AJL 36 hanya 200 orang penonton sahaja dibenarkan masuk terdiri daripada mereka yang mempunyai jemputan khas dan perlu menjalani ujian swab RTK bagi tujuan pengesahan.

Produksi Buat Pelbagai Persediaan 

Biarpun begitu,pihak produksi sentiasa mengutamakan faktor kesihatan kesemua mereka yang terlibat termasuk dikalangan penyanyi-penyanyi. Susulan itu, produksi AJL 36 telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga termasuk persediaan untuk kembali mengadakan secara virtual seandainya kes wabak COVID-19 berada di tahap membimbangkan.

AJL 36 menampilkan gandingan hos Alif Satar dan Nabila Huda secara langsung di TV3 untuk mengemudikan acara kemuncak. Karpet Merah AJL 36 pula akan dihoskan oleh Sissy Imann dan Sean LJE yang akan bersiaran di TV9 dan Youtube TV3 Malaysia, dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam.

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12, 000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi serta hadiah wang tunai RM 6,000 daripada NOIR Beauty Essence.

AJL36
https://lomp.at/5ixbb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    “Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja Lawak

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore