• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Kami Sendiri Memang Tak Sangka”- DOLLA: Mini Album Habis Terjual Dalam Masa 24 Jam?

by Phic ARMAN
February 22, 2022
Share on Facebook

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan pada jam 12 tengah malam, 21 Februari lalu.

Menariknya, DOLLA yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya cuma merancang untuk lancarkan 500-unit CD pada awalnya. Bagaimanapun, jumlah itu ditambah kepada 500-unit lagi ekoran sambutan luar biasa peminat setia kumpulan terbabit.

Menurut Pengurus Promosi Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar, penambahan itu dilakukan selepas masih ramai peminat terlepas peluang memilikinya dan bersungguh-sungguh untuk membelinya.

“Pada mulanya kami membuka pra-tempah sebanyak 500-unit saja untuk album ini dan dalam tempoh 12 jam sudah habis terjual. Ramai peminat mengadu terlepas peluang dan berdepan kesukaran sewaktu buat tempahan.

“Kami sendiri memang tak sangka ia akan terjual begitu pantas. Disebabkan itulah kami putuskan memberanikan diri buka tempahan untuk tambahan 500-unit lagi dan itu pun terjual habis dengan cepat juga,” katanya.

Menurut anggotanya Sabronzo, percaturan melancarkan CD selepas kejayaan di platform muzik digital sentiasa menjadi impian utama mereka juga. Baginya, album berbentuk fizikal pastinya lebih istimewa untuk dimiliki peminat mereka.

“Kami sentiasa bersyukur dengan kejayaan karya-karya kami di platform digital. Sokongan tidak berbelah-bagi diberikan peminat sangat menyentuh hati kami dan tentunya mahu cari inisiatif lain untuk terus menghargai mereka,” katanya.

Tabby pula berkata sambutan luar biasa terhadap mini album itu satu kejayaan cukup manis dan bermakna buat mereka. Dia berharap CD terbabit juga akan memberi kepuasan buat semua peminat yang sudah membelinya.

“CD ini adalah bukti usaha keras kami sejak DOLLA ditubuhkan dan selayaknya dikongsikan kepada peminat. Kami amat terharu atas kesungguhan mereka terus menyokong termasuk sanggup membeli album kami ini,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CaOrP4EpgvY/

Mini album khas itu diterbitkan sempena pelancaran lagu baharu mereka berjudul BAD serta kejayaan showcase sulung DOLLA pada 19 Februari lalu. Dijual pada harga RM60, CD itu turut mengandungi buku foto serta poskad individu setiap anggotanya.

Meskipun penjualan CD mungkin semakin tidak relevan sekarang, sebaliknya peminat DOLLA masing-masing tidak mahu terlepas memiliki mini album itu. Sekali gus, menjadi bukti betapa kumpulan itu sememangnya mampu berbuat demikian.

DOLLA: Mini Album memuatkan semua karya hit mereka yang sudah dipasarkan setakat ini. Lagu-lagu dimuatkan termasuk BAD (versi melayu), DOLLA Make You Wanna, Impikan (versi melayu), Berani, Berani (akustik), Watch Me Glow, BAD (versi inggeris) dan Raya Raya Raya sebagai lagu bonus.

Mula mencipta nama sekitar dua tahun lalu, DOLLA meraih pencapaian cukup membanggakan dalam tempoh singkat dan mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan. Bukan sekadar lagunya hit, bahkan kumpulan ini turut menjadi rebutan pelbagai jenama besar.

Pada September tahun lalu, DOLLA menjadi kumpulan penyanyi wanita pertama dari Malaysia tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat. Showcase sulung mereka pada 19 Februari lalu juga cukup membanggakan apabila tiketnya terjual habis.

https://lomp.at/e5iuc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore