Sebelum ini Samsung menawarkan telefon pintar telefon pintar entry-level n Samsung Galaxy A03s yang ternyata harganya begitu murah. Terbaru, Samsung telah menaik taraf model ini kepada Samsung Galaxy A03 yang menawarkan ciri asas yang disasarkan kepada pengguna ringan.
Harga Samsung Galaxy A03 di Malaysia ialah RM469. Bukan sahaja ia jauh lebih murah, tetapi ia juga ringan dan anggun. Peranti serba baharu yang dilancarkan oleh Samsung baru-baru ini seberat 196 gram sahaja. Jadi, sejauh manakah prestasi telefon ini? Adakah telefon entry-level ini cukup menepati citarasa pengguna pada tahun 2022? Mari ketahui dalam review Samsung Galaxy A03 dari Murai.MY
Review Samsung Galaxy A03
Telefon ini mempunyai bodi plastik, yang saya rasa tidak perlu disebut lagi kerana ia adalah standard pada semua telefon dalam julat harga ini. Namun Galaxy A03 menampilkan permukaan bertekstur di bahagian belakang, yang membantu memberikan cengkaman yang baik, dan agak menarik kerana keseluruhan binaan terasa sangat kukuh.
Tiada Sensor Cap Jari
Namun terdapat beberapa kekurangan dari telefon pintar ini, antaranya ia tidak mempunyai sensor cap jari, yang merupakan salah satu ciri terdapat pada banyak telefon pintar di luar sana. Manakala di bahagian bawah memuatkan bicu fon kepala 3.5mm, port USB mikro dan pembesar suara.
Kualiti Skrin Yang Cukup Memuaskan
Telefon ini mempunyai skrin berukuran 6.5 inci dengan paparan PLS TFT Infinity-V. Jika diteliti pada skrin, tiada keseimbangan pada sempadan bezel, kerana terlihat nipis di bahagian atas dan sisi manakala di bahagian bawah pula lebih tebal sedikit.
Namun harus ingat, ia masih telefon bajet, jadi jika kita harapakan mempunyai skrin tahap ‘gempak’ adalah tidak realistik, tetapi bagaimanapun, memandangkan harga begitu rendah, saya berpuas hati dengan skrin yang itu.
Paparannya terang, warna dan ketajaman juga boleh diterima. Saya tidak mempunyai sebarang masalah membaca setiap hari dan menonton beberapa video YouTube juga memuaskan.
Ini antara spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy A03:
- Paparan: 6.5 inci HD+ (720 x 1600) PLS TFT Infinity-V
- Kamera swafoto: 5MP, F2.2
- Kamera belakang: utama 48MP, F1.8 + sensor kedalaman 2MP, F2.4
- Dimensi: 164.2 x 75.9 x 9.1mm
- Berat: 196g
- Cipset: UNISOC T606 Octa-Core (2xA75 1.6 GHz + 6xA55 1.6 GHz)
- Memori: RAM 3GB/4GB, Storan Dalaman 32GB/64GB
- Kapasiti bateri: 5,000mAh, Pengecasan 7.75W
- Sistem operasi: Android 11.0
Kamera
Samsung Galaxy A03 mempunyai dwi-kamera belakang 48MP, F1.8 + sensor kedalaman 2MP, F2.4 dan kamera hadapan 5MP. Perkara baik yang saya suka tentang reka bentuk kameranya ialah ia tidaklah mempunyai banyak kamera di bahagian belakang seperti yang kita lihat pada telefon lain yang berharga sama. Ini kerana, walaupun mereka mempunyai kamera tambahan, kebiasaanya tidak berfungsi dengan baik pada telefon bajet.
Apabila bercakap tentang kualiti kamera, gambar yang diambil dengan Galaxy A03 agak ‘biasa-biasa dan bukan untuk golongan profesional. Video dari Galaxy A03 juga sederhana, tapi memadai untuk membuat panggilan video. Saya berpendapat warga emas dan pelajar, akan membeli telefon ini.
Walaubagaimanapun, dengan kamera utama 48MP F1.8, anda boleh mengambil foto dan video resolusi tinggi tidak mengira waktu, termasuk pada waktu malam. Dengan kamera kedalaman 2MP F2.4, anda boleh memberi lebih fokus kepada subjek imej dan menyesuaikan bagaimana kabur anda mahu latar belakang menjadi dengan Protrait Mode.
Gaming
Untuk gaming, peranti ini mampu bermain permainan ringan dengan agak lancar. Tetapi untuk bermain permainan berat, seperti PUBG Mobile, telefon tidak sepatutnya menjadi telefon pilihan anda. Telefon ini menyediakan fps yang boleh dimainkan dalam tetapan paling rendah.
Hayat Bateri
Hayat bateri adalah salah satu perkara menarik Samsung Galaxy A03. 5000 mAhnya mampu digunakan lebih daripada sehari dengan mudah. Bagi pengguna ringan, saya tidak akan terkejut jika peranti tidak perlu dicas walaupun 2-3 hari.
Satu kelemahan ialah pengecasan telefon mengambil masa yang lama kerana ia datang dengan hanya pengecas 7.75W. Ia mengambil masa sedikit lebih lama untuk mengecas penuh.
Kesimpulannya, Galaxy A03 adalah sesuai untuk seseorang yang mempunyai bajet yang terhad yang hanya mahukan telefon untuk tugas asas sehari-hari mereka seperti melayari internet, menggunakan media sosial, mesej, panggilan, kelas dalam talian dan penstriman video. Jika anda adalah orang itu, maka anda harus membelinya.
Pilihan Warna
Tersedia dalam tiga warna – Hitam, Biru dan Merah – peranti mampu milik ini boleh menjadi milik anda dengan harga runcit disyorkan RM469 untuk 3GB RAM dengan 32GB storan dalaman atau RM549 untuk 4GB RAM dengan 64GB storan dalaman.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Galaxy A03, layari www.samsung.com
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.