Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

3 Tips Mempromosikan Jualan Pada Bulan Ramadhan Melalui Aplikasi TikTok

by Amirul Fikry
March 12, 2022
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam era digital masa kini, anda akan lebih fleksibel untuk menjalankan promosi yang lebih interaktif dan menyeronokkan bagi mencapai kepuasan pengguna secara meluas dengan menggunakan aplikasi teknologi yang ada sekarang ini. Salah satunya adalah melalui platform video pendek seperti Aplikasi TikTok.

Selain ianya mudah digunakan, TikTok juga mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang membolehkan pengguna berkongsi pelbagai kandungan yang menghiburkan. Maka tidak hairanlah, populariti TikTok kini meningkat secara mendadak.

Disebabkan TikTok telah menjadi kegilaan ramai, maka ini boleh menjadi platform terbaik untuk mempromosikan apa sahaja jenis produk terutama sekali pada waktu istimewa seperti bulan Ramadhan yang bakal kita jalani kurang dari sebulan lagi.

Ramai yang mengakui bahawa mereka banyak mempelajari sesuatu samada tentang produk atau apa sahaja melalui iklan di TikTok dan telah berjaya membantu mereka mendapatkan maklumat tentang produk yang kita tidak tahu sebelum ini serta mampu melariskan jualan.

Bagi mengalu-alukan bulan Ramadhan yang bakal menjelma, kami ingin berkongsi tips kejayaan buat golongan peniaga yang ingin mempromosikan produk melalui aplikasi TikTok. Jom kita tengok!

1. Bekerjasama Dengan Influencer

via ratakan.com

Bagi anda yang ingin mempromosikan produk dengan lebih cepat, kerjasama dengan influencer sangat membantu. Dengan memanfaatkan jumlah pengikut dari influencer tersebut, anda boleh mendapatkan jualan yang tinggi dalam tempoh waktu yang singkat.

Cara yang paling efektif adalah ketika mencari ruang dan peluang di aplikasi TikTok dalam tempoh masa yang singkat adalah dengan memilih seseorang yang berpengaruh dengan rupa paras yang menarik. Ini kerana kita mengutamakan jumlah pengikut dari influencer tersebut bagi tujuan mempromosikan produk. Tidak dapat dinafikan lagi, Influencer yang berpengaruh sememangnya dapat melariskan apa sahaja jualan dengan cepat dan mendapat tontonan yang tinggi. Anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal bagi tujuan tersebut.

[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- "Baju Biru Tu Punca"

2. Menyediakan Pakej Belian Secara Pukal

via ratakan.com

Cara seterusnya adalah menyediakan pakej belian secara pukal atau juga dikenali sebagai bundling. Menurut tinjauan TikTok, terdapat perubahan dalam corak membeli belah dan tingkah laku pengguna terutama sekali sewaktu menjelang ramadhan. Banyak perkara yang harus dipersiapkan.

Ramai pembeli lebih gemar dan menyukai apabila terdapat promosi dalam jualan berbanding harga biasa apabila mereka membuat persiapan membeli belah segala keperluan bagi menyambut ramadhan.

Pakej secara pukal adalah kaedah dimana dua atau lebih produk dijual tetapi dibayar dalam satu pakej pada harga yang lebih rendah. Dengan promosi seperti ini, produk akan terjual dengan lebih cepat.

3. Cipta Kandungan Yang Menyenangkan

via texno.id

Bagi membuatkan viewer anda berasa selesa melihat setiap iklan yang dibuat, salah satunya adalah dengan membuat video yang menarik, cantik dan pastikan kandungan yang bersesuaian. Cipta sesuatu yang dapat membuatkan viewer yang menonton video tersebut tidak merasakan bahawa apa yang mereka lihat adalah iklan atau jualan produk. Tapi ianya telah menarik minat meraka secara tidak langsung.

Contohnya, kandungan kreatif dalam bentuk resipi mencipta menu berbuka puasa. Atau kandungan tentang perkongsian aktiviti untuk orang melalui zakat dan sebagainya.

Selain itu juga, dengan mencipta video yang menyeronokkan, anda juga boleh mengembangkan lagi pasaran anda kerana ramai yang akan berkongsi iklan yang anda buat secara sukarela kerana mereka merasakan video yang dibuat bukan tujuan iklan atau jualan tapi berbentuk hiburan.

Sebagai tambahan, Tiktok juga kini dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri menarik dan lebih kreatif seperti TikTok For Business yang boleh dimanfaatkan oleh penjual antaranya Video Creation Kit yang terdiri daripada Editing Tools yang lengkap dan mudah digunakan, Smart Video yang membolehkan pembuatan video yang menarik. Dengan hanya memuatnaik beberapa kandungan. Sudah tentu, Smart Video Soundtrack yang dilengkapi dengan ratusan muzik dari pop, rock, klasik, EDM hingga folk boleh digunakan oleh satu-satu jenama untuk menjadikan kandungan lebih menarik, serta TiktTok Ads bagi memudahkan tujuan pengiklanan.

[VIDEO] Aksi Gadis Naik ATV Undang Tawa Netizen- "Yang Salah Pokoknya, Mohon Maaf"

Dengan ciri ini, perniagaan dan produk anda boleh dipromosikan dengan lebih efisien. Itulah antara beberapa tips yang anda boleh manfaatkan bagi tujuan promosi perniagaan. Semoga sukses selalu!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
produkpromosijualanRamadhantiktok
https://lomp.at/illdg
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem