• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kau Tunggu Surat Saman Aku” – Diva AA

Menurut Diva AA, masalah yang terjadi lebih bersifat peribadi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang

by Khai Azfar
March 9, 2022
Share on Facebook

Pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau Diva AA meminta pihak Awesome TV untuk membersihkan namanya yang kini menjadi sebutan ramai selepas digugurkan sebagai hos MIC ON! musim kedua pada Selasa.

Diva AA Terkilan

Diva AA ketika dihubungi Murai.my berkata, dia akui keperibadiannya bersifat tegas kerana ia merupakan sebahagian identiti diri namun tidak menyangka akan menerima layanan kurang ajar daripada stesen televisyen tersebut.

“Bila kau ditegur jadilah bangsa yang boleh ditegur untuk kebaikan dan semua masalah boleh dibawa berbincang. Memang cara saya menegur terlalu keras tetapi ini adalah cara saya dan saya pun sudah bertahan 33 tahun dalam industri” katanya

Menurut Diva AA, masalah yang terjadi lebih bersifat peribadi selain akui tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mempunyai bukti yang berkaitan.

“Tolong bersihkan nama saya dalam hantaran kepada media yang telah memburukkan saya atau mereka(Awesome TV) akan mendapat sesuatu. Saya cabar datuk itu untuk tampil bersemuka dengan saya dan beritahu apa masalah dia. Ini masalah peribadi jadi jangan nak buruk-burukkan saya,buruk padahnya

“Kalau saya dikatakan seorang individu yang tak berdisiplin dan mencetuskan ketidakharmonian, saya ada semua bukti yang pihak sana kurang ajar, cara kerja yang kurang bijak dan bila saya tegur mereka enggan mengaku. Saya boleh senaraikan 100 tingkahlaku kurang ajar mereka terhadap saya dan bila-bila masa sahaja saya boleh buat.

“Saya dah lama tinggalkan set Awesome TV jadi tak perlu mereka nak singkirkan saya dan saya pun dah tak kuasa nak buat program mereka kerana sikap biadap serta kurang bijak mereka ketika saya di set penggambaran.

“Mereka ini tidak boleh ditegur kerana nanti mengamuk dan paling dikesali pekerja-pekerja mereka hubungi saya dengan nada yang kasar. Hello berapa kau bayar aku untuk maki aku? Siapa kau? cakap elok-elok boleh tak sebab benda boleh dibawa bincang. Tak perlu nak tengking saya sebab saya bukan budak sekolah, pengalaman pun sudah lama dalam bidang ini” tegas Diva AA

Serik Bekerjasama

Jelas pengacara berusia 56 tahun ini, dia mahu orang ramai jadikan isu tersebut sebagai satu pengajaran. Malah, Diva AA turut berkata sudah serik untuk bekerjasama dengan Awesome TV dan mahu mereka lunaskan bayarannya yang tertunggak dalam tempoh yang diberikan.

“Satu pengajaran kepada semua, untuk makluman TV3 bayar saya tiga kali ganda jadi jangan kau ingat bayaran kau itu besar sangat sampai tak boleh ditegur, pergunakan dan busukkan aku. Kau tunggu surat peguam nanti sampai.

“Dengan tindakan mereka itu, besar hama saya tak hairan dan pandang pun kerana saya percaya dengan rezeki. Hari ini pun saya ada penggambaran dengan Astro. Saya di pihak yang benar dan kifarah akan menyusul. Jangan sesekali menganayai anak yatim piatu seperti saya, buruk padahnya!

“Saya berjanji hidup mati saya no more Awesome TV selagi masih ada pengurusan itu. Sudahlah bayar ciput, liat no more Awesome TV in the rest of my life.

“Kalau tak bayar dalam masa tertentu, ia akan jadi kes polis” katanya lagi

Terharu Dengan Sokongan Rakan Selebriti

Di kesempatan itu, Diva AA turut mendedahkan sejak tularnya berita tersebut dia menerima banyak panggilan telefon daripada penggiat industri yang terkejut serta memberi sokongan kepadanya.

“Saya semalam tak boleh tidur selalunya saya tidur awal tetapi ramai yang menghubungi saya terkejut dan kecewa dengan khabar berita tersebut.

“Saya dapat sokongan ramai daripada selebriti terkenal antaranya Datuk Rosyam Nor,Datuk DJ Dave, Fauziah Nawi, Mas Idayu dan stesen radio Hot FM. Mereka memberi saya semangat untuk teruskan kehadapan dan itulah yang saya lakukan.

“orang diluar sana mereka keliru dengan apa yang terjadi dengan kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan saman. Kau tunggu surat saman aku . just wait and see sebab kau dah burukkan aku tanpa penjelasan yang betul mengenai kenapa saya disingkirkan, saya ada semua bukti kenapa saya disingkirkan. bersyukurlah aku tak dedahkan aib busuk korang jangan sampai aku dedahkan segalanya

“Saya tak takut saya hanya menantikan masa yang sesuai untuk dedahkan. To billion great followers tolong tutup tv malam jumaat nanti jangan tengok dah dan dialu-alukan untuk tengok stesen Televisyen” kata Diva AA

Pada petang Selasa, industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Awesome TV mengugurkan Diva AA sebagai hos program terbitan mereka, Mic On! berkuatkuasa serta merta. Pihak Awesome TV menjelaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perihal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan mereka.

awesome tvDiva AAmic on
https://lomp.at/0dqnt
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Berita

Rita Rudaini Dedah Kisah Lama Bekas Isteri Safee Sali, Fitria Elfina?-“Balasan Allah Itu Pasti…”

by Naddy Joe
March 27, 2024

Umum mengetahui, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bersama isterinya Fitria Elfina Maharip telah sah bercerai talak dua di...

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore