• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Baru Tahu! Minuman Yang Pernah Dipopularkan Remy Ishak Milik Gadis Ini

siapa sangka di belakangnya adalah seorang wanita bujang dan muda yang menjadi penggerak jenama itu

by Khai Azfar
March 10, 2022
Share on Facebook

Di sebalik jenama yang pernah menyaksikan aktor pujaan ramai Malaya, Remy Ishak menjadi duta produk minuman Origina, siapa sangka di belakangnya ada tunjang seorang wanita bujang dan muda yang menjadi penggerak jenama itu.

Pengasas Origina Baru Berusia 28 Tahun

Dikenali sebagai Fatin Diana Mohd Zain, wanita berusia 28 tahun itu juga merupakan pengasas jenama minuman terbabit.

Fatin Diana yang berasal dari Kedah dan dibesarkan di Selangor itu,meneruskan legasi dan kelangsungan perniagaan keluarga di bawah syarikat PS Food & Beverage Sdn Bhd yang beribu pejabat di Klang.

Menurut graduan Sarjana Muda bidang perniagaan pengkhususan dalam pengurusan serta pemasaran dari Universiti Monash di Melbourne, Australia ini sejak kecil lagi dia sudah mula terdedah dengan terma niaga.

“Ketika jenama Origina belum terkenal sekitar tahun 2016 lagi, saya sudah bergelar promoter di karnival Jom Heboh, pasar raya dan sekolah. Masa itu saya berusia 22 tahun. Saya sudah terbiasa turun padang mempromosikannya.

“Malah ketika itu, tanpa pasukan kerja yang kuat, saya beri idea kepada ayah supaya jenama itu tembus ke sekolah di Shah Alam. Masa itu dalam 1000 buah sekolah berjaya ditembusi.

“Saya pernah menjadi eksekutif jualan ketika produk Origina menyertai pameran makanan dan minuman di Dubai, Amsterdam, Rusia dan Vietnam. Masa belajar di Australia pun saya ada berikan input kepada ayah dari kejauhan,” kata anak sulung dua beradik itu.

Hasil Restu Ibubapa

Katanya perniagaan jenama minuman itu kini dikemudi sepenuhnya sambil dibantu ibu tersayang. Bukan mudah untuk membangunkan jenama yang masih dianggap asing namun percaturan dan restu ibu bapanya ternyata membuahkan hasil.

“Jika dulu jenama ini di bawah kawalan ayah hanya berkonsepkan BTB atau Business To Business. Tapi sejak saya ambil alih, ia berubah menjadi Business To Consumer (BTC). Ayah kini lebih fokus dalam urusan pengilangan dan kualiti produk. Saya pula di posisi hadapan menguatkan jenama produk.

“Asalnya ayah juga menjadi perintis di Malaysia yang memperkenalkan produk minuman di dalam pouches atau pek kantung. Daripada pembekal kepada pelbagai jenama antarabangsa, akhirnya ayah cetuskan jenama Origina minuman dalam pouches. Jenama itu umpama prototaip.

“Kemudian saya lakukan rombakan dan penjenamaan semula untuk jenama itu. Malah pada 2019, kita buat kali pertama gunakan duta Remy Ishak. Impaknya jenama itu semakin dikenali dengan meluas. Bagaimanapun kontrak Remy sudah tamat,” katanya.

Katanya, dulu dia selesa ‘low profile’ seperti ayahnya. Cuma kini seiring peredaran semasa, Fatin Diana optimis untuk lebih membawa dirinya ke depan. Malah dia juga lebih dedikasikan masanya terhadap kerjaya.

Remy Ishak Dedah Mandi Garam Ubat Aura Negatif - "Saya Tenang Sebab Pakar Ajar"

“Mungkin cara dibesarkan, membuatkan saya lebih fokus kepada apa yang diingini. Saya nak lihat jenama dan perniagaan dimiliki terbang tinggi.

“Kadang-kadang apabila terlalu sibuk, nak kemas kini entri sama ada gambar atau video di akaun media sosial sendiri pun tak sempat. Yang kenal diri ini bagaimana akan tahu cara saya,” s

“Saya memang selalu utamakan kerja. Macam sekarang misi nak pastikan rangkaian produk baru meletup di pasaran. Hal kahwin itu ada juga terlintas, tapi tunggulah dulu. Mungkin dalam setahun dua lagi, saya kahwin,” katanya.

Berada Di Lebih 20,000 ‘Outlets’

Fatin Diana bersama rakan kongsinya, pakar Nutrigenomics Dr Redza Rahman

Kini jenama minuman itu diedarkan di lebih 20,000 ‘outlets’ seluruh Malaysia menjadi jenama minuman yang dipercayai jutaan pengguna di Malaysia dan juga beberapa negara di Asia Tenggara.

“Produk ini telah berjaya membantu lebih 3 juta orang di Malaysia dalam tempoh kurang setahun untuk meningkatkan imunisasi badan. Terutamanya dengan pengeluaran Origina Vitamin C 1000mg yang berasaskan Jus Asli, mudah diminum pada harga yang berpatutan. Kami juga berkolaborasi dengan rangkaian kedai serbaneka terbesar negara, 7-Eleven Malaysia untuk menghasilkan minuman Origina Jus Lemon Vitamin C 1000mg yang dijual eksklusif di kedai itu.

“Kini kami juga ingin menjadi asbab kepada orang lain dapat kebaikan menerusi kelahiran Produk Endemic Series: BioWonders. Ia dilancarkan 3 Mac lalu dan dihadirkan dengan dua jenis, Mighty Immunity dan Inflamma Care.

“Namun perancangannya hampir setahun dan niat ini tercetus disebabkan penularan COVID-19. Ia selaras dengan persediaan untuk melangkah masuk ke langkah endemik di mana kita perlu bersedia untuk hidup bersama wabak ini dan tak boleh mengawal situasi lalu kena mengambil langkah menjaga diri kita.

“Lalu kami tergerak untuk menghasilkan produk lebih-lebih lagi sebagai ikhtiar membantu individu yang pernah terkena COVID-19 atau penyakit autoimun. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran,” katanya.

Jenama yang beribu pejabat dan memiliki kilang utamanya di Klang, Selangor itu juga terus membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem agen.

Remy Ishak ‘Sound’ Wartawan,- “You’re The Real Toxic...”
fatin dianaoriginaremy ishak
https://lomp.at/t0rob
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Via Instagram /@Kunyahan
LifeXplore

[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai

by Iffah Najwa
December 22, 2025

Satu momen penuh makan tercipta apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan mencemar duli mengunjungi sebuah booth kecil...

Read moreDetails
Berita

Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

by Naddy Joe
December 24, 2025

Personaliti media sosial dan anak jutawan terkenal, Vincent Tan iaitu Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata ketiganya selepas selamat...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @heygirlonline (IG)
Personaliti

Muncul Personaliti Baharu, Pakar Jelas “Otrovert” Bukan Introvert-Ekstrovert Tapi…

by Nurul A.
December 19, 2025

Sehingga ke hari ini, beberapa kajian personaliti secara umumnya telah membahagikan manusia kepada tiga kategori iaitu introvert, ekstrovert dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore