Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Dato’ Sri Meer Yakin Pesta Berlian HABIB 2022 Mampu Bantu Pelanggan Dapat Nilai Berlian Terbaik

by Phic ARMAN
March 11, 2022
Share on Facebook

Seperti yang dinanti-nantikan oleh ramai para wanita di luar sana,  HABIB kembali dengan Pesta Berlian bermula daripada 1 sehingga 31 Mac 2022  di seluruh bilik pameran. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata,

“Pesta Berlian merupakan sebuah platform untuk kami berkongsi kepakaran dan pengetahuan mengenai keistimewaan berlian. Sudah menjadi sebahagian daripada tradisi kami untuk memberikan pendedahan kepada seluruh lapisan masyarakat agar lebih memahami nilai intrinsik yang terdapat pada batu berharga ini. Melihat para pelanggan yang semakin peka tentang nilai sesebuah barangan kemas berlian membuatkan kami lebih teruja untuk berkongsi lebih banyak informasi dan pengetahuan.”

“Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang Pesta Berlian yang kami yakin dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan rekaan dan nilai berlian terbaik. Kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan mengingati dan menghargai berlian sebagai batu kelahiran pada bulan April. Selain itu, apabila Pesta Berlian HABIB kembali menjelang, harapan kami agar HABIB menjadi destinasi utama pelanggan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan berlian” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Difahamkan, Pesta Berlian HABIB menampilkan pelbagai koleksi barangan kemas yang memukau antaranya koleksi Adore, Fire On Ice, Gelora, Polaris, Koleksi H, DWA, Empress dan koleksi terbaru daripada jenama antarabangsa iaitu Korloff dari Perancis. Rekaan-rekaan yang penuh teliti dan mempunyai hasil kerja halus oleh pereka barangan kemas yang berpengalaman menjanjikan keselesaan pemakaian dan pastinya dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Istimewa pada tahun ini, HABIB membawakan lebih banyak koleksi berlian bersijil daripada GIA, HRD dan AGS yang ditampilkan dalam pelbagai bentuk, warna, kejelasan dan saiz. Antaranya merupakan Koleksi Hearts On Fire, The World’s Most Perfectly Cut Diamonds (Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia) yang semakin digemari di kalangan bakal raja sehari kerana kilauan yang dipancarkan lebih memukau. Selain itu, koleksi rantai tangan berlian yang dikenali sebagai rantai tangan berlian ‘Tennis bracelet’ juga menjadi kegemaran ramai, kerana ia berkonsepkan minimalis. Rantai tangan ini boleh didapati pada harga yang berpatutan dan juga boleh diubah suai dengan berlian bersijil sepenuhnya.

Bersempena dengan Pesta Berlian ini juga HABIB mempamerkan koleksi barangan kemas antik yang bertatahkan batu intan. Intan yang juga dikenali sebagai rose-cut diamonds merupakan berlian potongan leper yang dipotong seawal tahun 1900 sebelum terdapatnya mesin potongan berlian yang berteknologi tinggi. Intan mempunyai kilauan yang unik dan indah. Koleksi barangan kemas intan terdiri dari kerongsang, loket, rantai pendek, anting-anting dan rantai tangan.

Koleksi-koleksi yang penuh kilauan ini diperagakan oleh model tempatan sewaktu pelancaran Pesta Berlian yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Meer di bilik pameran HABIB yang terbesar iaitu cawangannya di Pavilion Bukit Jalil.

Pesta Berlian tahun ini melabuhkan tirai dengan kemuncak (Diamond Fest Grand Finale) yang bakal diadakan bermula 31 Mac sehingga 3 April 2022 di seluruh bilik pameran HABIB bersempena bulan April yang menjadi bulan kelahiran berlian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato’ Sri MeerHabibPesta Berlian
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara