Baru baru ini Universiti Malaya telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-61 dari 5 hingga 13 Mac 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Istiadat Konvokesyen ini telah melibatkan 7,895 graduan yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2021.
Majlis Dengan Norma Baharu
Majlis tersebut diadakan dengan mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan, dengan kehadiran graduan hanya di Dewan mengikut sesi masing-masing seperti yang dijadualkan.
Vanidah Imran Menjadi Perhatian
Dalam pada itu, Vanidah Imran juga turut terlibat dalam majlis tersebut dengan Sarjana Seni Persembahan (Drama). Jom lihat beberapa gambar yang dikongsi di instagram miliknya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.