Ibu kepada aktres Tangmo Nida, Panida telah meminta agar bedah siasat mayat anaknya itu dilakukan semula dan dipindahkan ke Institut Pusat Ilmu Forensik Kementerian Kehakiman.
Upacara Pembakaran Ditunda
Susulan itu, seperti yang dilaporkan Bangkok Post, upacara pembakaran mayat Tangmo yang dijadualkan pada Isnin telah ditunda seperti yang dimaklumkan oleh peguam keluarga mereka, Kritsana Sriboonpimsuay pada Sabtu.
“Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik,”
“Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian,” katanya
Pada 26 Februari lalu, mayat Tangmo telah dibawa ke Institut Forensik Perubatan untuk sesi bedah siasat selepas ditemui di Sungai Chao Phraya. Upacara memberi penghormatan terakhir buat aktres itu juga telah diadakan di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat hingga Ahad.
Polis Teruskan Siasatan
Ketika ini, polis masih meneruskan siasatan dan memeriksa segala bukti yang berkemungkinan bertentangan dengan laporan awal mengenai kematian Tangmo berpunca dari kemalangan. Difahaman, tuntutan bedah siasat semula itu turut dicadangkan oleh pelakon dan petugas penyelamat, Ekkapun “Tide” Bunluerit yang merupakan orang pertama melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai.
Menurut Ekkapun, terdapat beberapa keadaan mencurigakan pada mayat Tangmo seperti beranggapan wajahnya seakan terkena pukulan benda keras, terdaapt luka di mata kanan dan beberapa giginya juga patah.
Untuk rekod, kes Tangmo mendapat liputan meluas sehingga ke peringkat antarabangsa selepas punca kematiannya mencetuskan pelbagai spekulasi berikutan dia dikatakan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya dan mayatnya ditemui tiga hari selepas itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.