Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Islamik

7 Perkara Yang Harus Anda Lakukan Sebelum Menjelang Ramadhan

by Amirul Fikry
March 19, 2022
134
KONGSIAN
Share on Facebook

Tanpa kita sedar,  hanya kurang dari dua minggu lagi, seluruh umat islam bakal menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan mulia di mana segala amalan akan menjadi ibadah dan tentunya berbaloi dengan pahala. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyambut bulan istimewa ini.

Namun sayangnya, walaupun hampir semua umat Islam tidak sabar, hanya segelintir sahaja yang sebenarnya benar-benar sedang menyiapkan perkara penting menjelang kedatangan Ramadhan. Perkara yang bakal kami kongsikan ini sering dilupakan namun jika kita bersedia dari sekarang, ia akan memberi kesan yang cukup bermakna. Jom kita tengok!

1. Ganti hutang puasa yang belum dilakukan pada tahun sebelumnya. 

via sohoque.com

Perkara  penting yang perlu anda beri perhatian sebelum menjelang Ramadhan adalah menggantikan hutang puasa. Cuba ingat semula, adakah anda masih belum menggantikan puasa pada tahun sebelum ini? Jika ada, adalah lebih baik sekiranya anda membayar hutang puasa dahulu.

Dalam Islam sendiri, ia tidak pernah membebankan umatnya, begitu juga dengan berpuasa. Anda tidak boleh berpuasa di bulan Ramadhan jika anda jatuh sakit, perjalanan yang jauh, wanita yang baru bersalin dan dalam tempoh sedang haid. Namun, sudah tentunya anda perlu membayar puasa di luar bulanRamadhan dengan berpuasa dalam bilangan hari yang sama.

2. Rancang bajet atau perbelanjaan sepanjang Ramadhan.

via pexels.com

Sepanjang bulan Ramadhan, sudah tentu ramai yang sedar bahawa perbelanjaan kita akan bertambah dengan mendadak. Bermula dari keperluan berbuka puasa, bersahur, membeli pakaian baru bagi menunaikan ibadah di bulan yang mulia.

Jadi, bagi mengelakkan dari anda runsing memikirkan perbelanjaan yang tinggi, alangkah baiknya jika anda merancang bajet atau perbelanjaan mulai sekarang seperti keperluan yang perlu dibeli, kos rutin bulanan dan juga kos yang tidak dirancang. Sedikit tips untuk anda, sepanjang bulan Ramadhan, anda sebenarnya tidak perlu membeli pakaian baru atau kerap membeli makanan dari luar. Anda boleh berjimat dengan memasak masakan sendiri di rumah.

3. Belajar memasak dari sekarang dan sediakan resipi untuk juadah buka puasa.

via socmed.id

Melihat dari perkara sebelum ini, dengan memasak menu sendiri untuk bersahur dan berbuka puasa, anda dapat berjimat dan tidak akan membebankan kewangan anda. Bagi anda yang tinggal jauh dari keluarga, jangan terus membeli menu sahur dan kerap berbuka puasa di luar kerana bajet anda pasti akan terganggu.

Selagi ada masa sebelum menjelang Ramadhan, cuba belajar memasak dari sekarang dan menulis resipi dari menu yang akan anda buat untuk berbuka puasa dan bersahur. Kalau boleh, buat senarai menu masakan untuk sebulan supaya ianya lebih menyenangkan rutin harian anda.

4. Jaga kesihatan diri

via lagendapress.com

Apabila memasuki bulan Ramadhan nanti, anda pasti akan berpuasa penuh selama sebulan. Ini bermakna anda akan sering merasa lemah pada waktu siang dan anda juga pastinya akan sibuk dengan aktivit ibadat pada waktu malam.

Jadi, bagi memastikan anda bersedia secara menyeluruh, cuba bersenam dan mula makan makanan yang lebih berkhasiat. Pastikan kesihatan anda sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.

5. Lakukan amalan Sunnah sebelum Ramadhan.

via shopback.co.id

Semua sedia maklum bahawa pada bulan Ramadhan akan ada banyak amalan sunnah yang berlipat kali ganda pahalanya. Bagi anda yang lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan nanti, pastinya banyak rutin ibadah yang mantapyang akan anda lakukan. Tidak salah untuk memulakannya dari sekarang. Bermula dari berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis, membaca Al-Quran sedikit demi sedikit hingga mengerjakan ibadah pada waktu malam.

6. Tetapkan jadual untuk waktu tidur, berehat dan bekerja. 

via tajria.com

Sepanjang bulan Ramadhan juga, banyak aktiviti yang biasa anda lakukan akan bertukar. Contohnya jadual rehat akan berkurangan, bangun tidur menjadi lebih awal, jadual waktu memasak juga akan bertukar bagi menyempurnakan ibadah puasa.

Jika anda tidak membiasakan diri atau menyiapkannya dari sekarang, anda pasti akan menghadapi kesukaran. Jadi, jangan berlengah lagi, mula dari sekarang dan tetapkan jadual anda dengan lebih baik untuk waktu tidur, bekerja dan berehat supaya anda tidak terlambat.

7. Buat target yang bakal anda capai sepanjang bulan Ramadhan nanti. 

via pexels.com

Biasanya, setiap awal tahun, kita akan membuat target pancapaian selama satu tahun. Jadi, tidak salah rasanya untuk anda juga membuat target yang terbaik sepanjang bulan Ramadhan. Contohnya, sepanjang sebulan berpuasa, anda dapat menghabiskan dan khatam Al-Quran, dapat bangun untuk menjalani ibadat pada malam hari dengan sempurna  sehinggalah target anda untuk menjadi seseorang yang lebih sabar dan belajar sesuatu dengan lebih ikhlas.

Menulis target untuk sesuatu yang perlu dicapai memang nampak mudah, namun jika anda mempunyai impian, anda akan lebih teruja untuk mencapai matlamat tersebut sepanjang Ramadhan.

Sama-samalah kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba ini dengan sebaik mungkin. Bersaing dalam kebaikan dan persiapakan diri dengan lebih sempurna. Selamat menjalani ibadah puasa dari kami di murai.my.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

persiapan ramdhan
https://lomp.at/tweh7
Share54Tweet34SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem