Penyanyi Ryan Deedat akui berasa sedih selepas menjadi wakil kepada adiknya, Allahyarhamah Sharifah Nur Intan Sheifeeka dalam majlis graduasi anjuran Universiti SEGI.
Ryan Bangga Dengan Arwah Adik
Disebalik memendam rasa hiba, Ryan berasa bangga kerana arwah adiknya berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dan memperoleh ijazah kelas pertama. Lebih mengharukan, usai tamat majlis tersebut, Ryan menunjukkan sijil yang diperolehi Sheifeeka kepada ibunya, Tengku Hanasiah Tengku Zainal Mulok,66.
“So proud of you my sister
“I came here to collect on behalf of you
“Sedihlah she should be here” luah Ryan
Dalam perkembangan lain, pada malam Ahad, Ryan memaklumkan bahawa ibunya berada dalam keadaan nazak selepas terdapat beberapa pihak yang bertanyakan perihal insan istimewa buat pelantun Tempuh itu.
“Pada yang tanya keadaan mak saya, sebenarnya mak saya tengah nazak sekarang, terima kasih pada semua yang buat bacaan yasin untuk mak saya” dedahya
Berhadapan Detik Cemas
Susulan itu, Ryan turut berhadapan dengan detik cemas selepas kediaman mereka terputus bekalan elektrik dan membuatkannya berasa risau dengan keadaan ibu yang bergantung kepada mesin pernafasan. Bagaimanapun, menurut Ryan keadaan kembali terkawal tidak lama kemudian.
Sebelum ini, Ryan memaklumkan ibunya telah diserang strok pada Februari tahun lalu. Tidak lama kemudian, keluarganya dikejutkan dengan pemergian Sheifeeka yang meninggal dunia akibat kanser otak pada 25 Julai 2021.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.