Monday, June 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

5 Selebriti Bollywood Yang Pernah Membintangi Filem Hollywood

Alia Bhatt antara yang bersaing dengan Gal Gadot. Jom kita tengok siapa lagi!

by Caera
March 19, 2022
5 Selebriti Bollywood Yang Pernah Membintangi Filem Hollywood
Share on Facebook

Pelakon Bollywood Ali Bhatt kini menjadi tumpuan! Filemnya yang baru dikeluarkan Gangubai Kathiawadi telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di pawagam dan mendapat banyak pujian dari netizen. Kini, Alia Bhatt bersedia untuk menajdi salah seorang selebriti bollywood yang berjaya membawakan watak dalam filem Hollywood. Jadualnya sekarang juga sangat padat!

Menurut NDTV, Alia Bhatt sudah bersedia untuk memulakan kariernya di Hollywood dalam filem yang berjudul Heart Of Stone. Filem ini dibintangi oleh nama-nama besar lain seperti Gal Gadot dan Jamie Dornan.

via ig

Pada awal Mac lalu, Alia Bhatt telah memuat naik gambar yang di screenshot yang mengumumkan tentang lakonannya bersama pelakon Gal Gadot dalam filem tersebut. Pengumuman ini telah disambut baik oleh selebriti Bollywood dan mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon yang kini berusia 28 tahun.

Selain Alia Bhatt, bintang Bollywood seperti Priyanka Chopra, Aishwarya Rai Bachchan, Anil Kapoor dan ramai lagi pernah membintangi filem Hollywood. Jom kita tengok siapa lagi!

1.Deepika Padukone

via Ig

Deepika Padukone yang memulakan kariernya di Hollywood dalam sebuah filem aksi pada tahun 2017 yang berjudul XXX: Return of Xander Cage bersama pelakon hebat Van Diesel. Tidak lama lagi, Deepika Padukone akan membintangi  filem Hollywood keduanya yang bergenre komedi romantis dibawah naungan STXfilms.

2. Priyanka Chopra

via Ig

Priyanka Chopra yang mula membintangi filem Hollywood pada tahun 2015 dengan siri thriller Quantico. Dia kemudiannya membintangi Baywatch bersama Dwayne Johnson dan Zac Afron.

Isteri kepada Nick Jonas ini turut membintangi Isn’t It Romantic yang digandingkan bersama Liam Hemsworth, Rebel Wilson dan Adam Devine. Priyanka Chopra juga pernah membintangi projek Hollywood seperti Text For You, Citadel dan The Matrix Resurrections.

3. Amitabh Bachchan

via Ig

Amitabh Bachchan merupakan sebagai salah seorang pelakon yang paling berpengaruh dalam sejarah perfileman Bollywood. Pada tahun 1970-an sehingga 1980-an, beliau adalah antara pelakon yang paling dominan di Bollywood.

IKLAN

Terdapat banyak filem yang dibintangi oleh bapa mertua kepada pelakon jelita, Aishwarya Rai ini sejak penampilan sulungnya yang bermula pada tahun 1969 lagi. Amitabh Bachchan juga pernah menjadi sebahagian daripada filem lagenda Hollywood, The Great Gatsby yang bergandingan bersama Leonardo Dicaprio.

4. Aishwarya Rai

via ig

Aishwarya Rai merupakan salah seorang pelakon Bollywood yang sangat terkenal dan pemenang dalam pertandingan Miss World 1994. Isteri kepada Abishek Bachchan ini juga ialah salah seorang selebriti yang paling popular dan paling berpengaruh menerusi kerjaya dalam lakonannya yang sangat cemerlang bukan sahaja di Bollywood bahkan juga di Hollywood.

Bright and Prejudice, Mistress of Spices, Provoked: True Story, The pink Panther 2 dan The Last Legion merupakan beberapa projek Hollywood yang dibintangi oleh Aisywarya Rai. Hebat bukan?

5. Anil Kapoor

via ig

Anil Kapoor merupakan pelakon Bollywood yang juga pernah membintangi filem antarabangsa. Dalam kerjayanya yang menjangkau lebih 40 tahun sebagai pelakon dan penerbit, Anil Kapoor telah berjaya membuktikan kemahiran lakonannya dan popularitinya yang sangat luar biasa.

Anil Kapoor telah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Slumdog Millionare, Mission Impossible – Ghost Protocol. dalam Mission impossible, dia bergandingan bersama Tom Cruise, Jeremy Renner dan Simon Pegg.

Itulah antara beberapa selebriti Bollywood yang berjaya memasuki pasaran Hollywood dalam kerjaya lakonan mereka. Terdapat banyak lagi nama-nama lain yang bersinar di Hollywood antaranya Om Puri, Tabu, Naseeruddin Shah, Anupam Kher dan ramai lagi. Jadi, yang mana satu artis kegemaran anda?

 

 

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: filemhollywoodselebritibollywood
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Terima Kasih Sebab Belanja” – Netizen Persoalkan Pemakaian Mimi Lana Ke Gym
Lokal

“Terima Kasih Sebab Belanja” – Netizen Persoalkan Pemakaian Mimi Lana Ke Gym

by Aphit J.
June 26, 2022

Gambar dan video senaman yang telah dimuat naik oleh Mimi Lana baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Memuat...

Read more
“Ingatkan Amitabh Bachchan” – Penampilan Dato’ Sri Najib Di Media Sosial Undang Kejutan Netizen
Lokal

“Ingatkan Amitabh Bachchan” – Penampilan Dato’ Sri Najib Di Media Sosial Undang Kejutan Netizen

by Aphit J.
June 26, 2022

Semalam, beberapa 'posting' gambar Dato' Sri Najib di platform media sosial mendapat kejutan daripada ramai netizen. Memuat Naik Gambar Sedang...

Read more
Malam Pertama Konsert Aina Abdul Sangat Happening! Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Tahu…
Selebriti

Malam Pertama Konsert Aina Abdul Sangat Happening! Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Tahu…

by A.Aided
June 26, 2022

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) berlangsung dengan meriah di Istana Budaya malam tadi. Bersaksikan ruang panggung...

Read more
“Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial
Lokal

“Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

by Aphit J.
June 26, 2022

Baru-baru ini Sharifah Sakinah ada memuat naik satu video mengenai lakonannya di dalam satu drama bersiri yang mula bersiaran pada...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera