Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Sila Hormati OKU!” – Ras Adiba Selar Tindakan Kak Long 7E

Ras Adiba turut menuntut agar Kak Long membuat permohonan maaf secara terbuka

by Khai Azfar
March 18, 2022
Share on Facebook

Biarpun Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E telah memohon maaf dan menyesali akan tindakannya yang dikatakan telah menghina golongan orang kurang upaya (OKU), namun orang ramai masih terus mengecamnya.

Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

Terbaru, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mewakili OKU di Malaysia menyelar tindakan Kak Long yang dilihat menjatuhkan maruah golongan istimewa itu. Malah, Ras Adiba turut menuntut agar Kak Long membuat permohonan maaf secara terbuka dan membuat aktiviti amal sebagai pengajaran buat wanita itu dan orang ramai.

“Kami OKU amat kecewa dan marah dengan tindakan sesetengah individu yang sentiasa melakukan perbuatan seperti ini.

“Saya menyeru agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain” kata Ras Adiba dalam sebuah kenyataan

Mahu Undang-Undang Diperketatkan

Melihatkan kes seumpama ini sering tejadi, Ras Adiba berasa kesal kerana perihal mengenai OKU dilihat seperti ‘rapuh’ dan menggesa agar pihak yang berwajib segera menguatkuasa undang-undang dengan lebih ketat.

“Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebelakangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU yang kerap berlaku. Penguatkuasaan AKTA OKU 2008 yang rapuh dan lemah telah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU.

“Sudah hampir tiga tahun sejak mengumumkan cadangan pindaan Akta OKU 2008 tetapi sehingga saat ini pindaan akta ini tidak dibentangkan di Parlimen Malaysia.

“Saya menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan melalui penguatkuasaan undang-undang,” katanya

Terdahulu, selepas tular video Kak Long mengamuk di kedai serbaneka 7Eleven, dia dikatakan telah menghina golongan OKU dengan mengajuk cara golongan berkenaan bercakap dan berjalan.

Kak Long 7eras adiba
https://lomp.at/3791d
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara