Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Dari Awal Erma Luah Rasa Risau”-Umie Aida Dedah Cerita Sebenar Babak Panas Zul Ariffin

Umie menyatakan bahawa dia sudah menonton sedutan babak panas tersebut

by Naddy Joe
March 21, 2022
Share on Facebook

Pelakon, Datin Seri Umie Aida mendedahkan bahawa kakaknya, Erma Fatima yang merupakan penerbit bagi drama Perempuan itu pernah meluahkan rasa bimbang terhadap babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Siti Hariesa.

Erma Risau 

Menerusi hantaran di Instagram yang sudah dipadam, Umie menyatakan bahawa Erma mengetahui bahawa terdapat babak yang kurang sesuai untuk ditonton oleh orang ramai kelak.

“Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok footage cerita ini. Dia kata diorang shoot sangat daring”-Dedah Umie

Kecewa Terdapat Pihak Keluarkan Footage Tanpa Izin Produser

Tambah Umie, dia berasa kecewa apabila terdapat pihak yang sanggup keluarkan footage  tanpa mendapat keizinan pihak penerbit dan berkongsinya di Instagram untuk tatapan umum. Difahamkan, footage tersebut ingin dipadam oleh Erma namun tidak menyangka ia telah dikongsi dan menjadi tular di media sosial.

“Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage (yang Erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di IG. Motif keluarkan footage yang belum diedit dan excited dengan scene yang kurang indah itu dikongsikan untuk ‘viral’?”- tegas Umie

Minta Pihak Sepatutnya Pikul Tanggungjawab

Sementara itu, Umie menyatakan bahawa dia sudah menonton sedutan babak panas tersebut yang dikongsi oleh Zul di Instagram pada Jumaat lalu serta meminta pihak yang terlibat untuk bertanggungjawab.

“Dan saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma.. Apa cerita korang buat ni..Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu”- katanya

Terdahulu, Instagram Zul elah diserang netizen selepas memuatnaik babak panas drama lakonannya yang dilihat mendukung Hariesa dalam aksi yang menghairahkan.

[VIDEO] 'Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh'- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul

Video panas itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk yang bakal memanggil produksi dan pelakon yang terlibat dalam drama ‘Perempuan Itu’.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
erma fatimaUmie AidaZul Ariffin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara