Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Shahrulezad Titip Pesanan Kepada Pelakon Berlatar Belakang Teater Untuk Tidak Terlalu ‘Over’

Setiap pelakon yang mempunyai latar belakang teater yang ditemuinya, suka 'buka besar' di hadapan kamera.

by Naddy Joe
March 24, 2022
Share on Facebook

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin  memberikan pendapat mengenai dilema yang dihadapi oleh seorang pengarah drama televisyen apabila mendapat pelakon yang mempunyai latar belakang teater.

Kelihatan Terlalu Beria

Menerusi hantaran di Instagram, Shahrulezad menceritakan bahawa setiap pelakon yang mempunyai latar belakang teater yang ditemuinya, bersifat suka ‘buka besar’ dan kadangkala kelihatan terlalu beria apabila di hadapan kamera.

“Dilema seorang pengarah drama tv bila dapat pelakon yang teater background. Acapkali bila abam dapat seorang pelakon yang mempunyai background teater yang pekat.

Pelakon tersebut suka ‘bukak besar’ bila bermain di depan kamera. Dia akan berlakon dengan segala method penuh jiwa raga dia sehinggakan kadang-kadang kelihatan beria-ria dan over di depan kamera.

Aura lakonan yang terlalu kuat sampai kita yang menonton akan jadi penat dan kadangkala annoyed. Kalau marah tu marah yang menjerit-jerit sampai habis bergoyang tubuh, Kalau sedih tu, sedih yang melampau-lampau sampai habis air mata dan hingus kering jadinya.”- dedah Shahrulezad

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

Kena Pandai Kawal Diri 

Tambahnya lagi, sebagai pelakon  drama televisyen mereka seharusnya bijak mengawal diri dan tidak boleh terlalu memberi apabila berlakon di hadapan kamera.

“Pelakon TV kena pandai self control. Dia tak boleh naik sheikh bila berlakon. Ni bukan kuda kepang sampai kita kena naik sheikh. Bila berlakon tv kena faham berlakon kena dari dalam. Dari pemahaman watak. Dari motivasi setiap scene.

Bila pelakon faham watak & bermain dari dalam InsyaAllah aura lakonan itu akan keluar secara bersahaja dan au naturale. Shot close up akan nampak cantik dan subtle permainannya. Tak nampak terlalu beria dan di buat-buat sebab dia berlakon dari dalam.”-  katanya

Di akhir hantarannya, Shahrulezad turut menitipkan pesanan buat semua pelakon teater yang mahu terjun ke dunia lakonan televisyen atau filem untuk berhati-hati dengan kaedah lakonan mereka. Hal ini kerana jika tersilap langkah, mereka akan dikatakan “over acting” oleh pihak terlibat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Shahrulezad Mohameddin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara