Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Iman Troye & MK Sebagai Duta, PTTI Terima Anugerah Di Dubai

Aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

by Khai Azfar
March 24, 2022
Share on Facebook

Pelbagai pencapaian terus dicapai oleh pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI.

Terima Anugerah Di Dubai 

Selepas melancarkan aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun lalu, pusat ilmiah berkenaan telah dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award di persidangan Education 2.0 yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan tersebut sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Tak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima pada 23 Mac lalu (semalam) itu juga dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.

Cikgu Fana Bersyukur

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.

“Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.

“Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir,” kata Cikgu Fana.

Sekadar info, pengiktirafan berkenaan dinilai daripada lima sudut termasuk reputasi dibina, aspek kreatif, pandangan kewangan, berdaya saing dan berkepimpinan tinggi.

PTTI bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014 dan menjadi semakin dikenali sejak tahun 2016.Sepanjang tempoh kewujudan, pusat ilmiah itu turut menggunakan golongan berpengaruh yang cemerlang dalam akademik seperti Mira Filzah dan terbaru Iman Troye dan MK K-Clique sebagai duta.

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?
Iman Troyemk k-cliquePTTI
https://lomp.at/y3vnt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara