Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terus Diiktiraf! DJ Lin Menang Anugerah Yang Ke-10

Untuk rekod, DJ Lin telah bertapak dalam industri radio Malaysia selama 23 tahun

by Khai Azfar
March 28, 2022
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali ramai sebagai DJ Lin telah dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori “Influential Radio Announcer” di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) baru-baru ini.

DJ Lin Bersyukur 

Berasa teruja dengan anugerah yang diterima, DJ Lin meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan pihak luar terhadap dirinya.

“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini. Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM.” kata DJ Lin kepada Murai.my

Anugerah Ke-10

Untuk rekod, DJ Lin telah bertapak dalam industri radio Malaysia selama 23 tahun. Sepanjang kariernya, pelbagai anugerah dan pencapaian telah digapai. Antaranya Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak empat kali, Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23.

Menariknya lagi, Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh ini merupakan anugerah ke-10 buat DJ Lin. Untuk info, Majlis anugerah Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) ini dianjurkan oleh majalah The CEO Malaysia.

Ia bertujuan untuk merai dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan wanita terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan sekaligus telah banyak membantu untuk merancakkan pembangunan ekonomi negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Fizz Fairuz Beri 'Hint' DJ Lin Berada Dalam Keadaan Tidak Sihat?-"Jauhkanlah Dia Dari Segala Hasad Dengki..."
DJ Lin
https://lomp.at/ijnyq
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem