• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Jom Semak Harga & Sajian Buffet Ramadan Yang Ditawarkan Oleh 10 Hotel Mewah Di Sekitar Selangor & Putrajaya

by Phic ARMAN
April 4, 2022
Share on Facebook

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan menjelang tiba, dan Kempen Ramadan oleh pihak Tourism Selangor yang dinanti-nantikan kini kembali; kali ini lebih besar dan meriah! Kempen yang berlangsung bermula 1 April hingga 15 April ini akan dijalankan di laman sesawang rasmi Tourism Selangor; www.selangor.travel dan landasan media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan aplikasi TikTok rasmi Tourism Selangor.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang Kempen berlangsung seperti baucar bufet ramadan di hotel-hotel terkemuka sekitar Negeri ini! Adalah tidak dinafikan, bulan Ramadan yang mulia memberi peluang kepada umat Islam untuk mengeratkan hubungan mereka dengan Yang Maha Esa. Namun, seiring dengan elemen kerohanian, aktiviti berbuka puasa secara bufet di restoran-restoran dan hotel-hotel juga sering menjadi pilihan sepanjang bulan ini. Justeru, pihak Tourism Selangor berbesar hati menganjurkan beberapa pertandingan sepanjang tempoh Kempen, yang menawarkan baucar bufet Ramadan dari 12 hotel seperti tersenarai bagi memberikan sebuah pengalaman gastronomi yang tidak akan anda lupakan!

Cyberview Resort & Spa

Tahun ini, Cyberview Resort & Spa menganjurkan bufet Ramadan jamuan berbuka puasa dengan hidangan lazat yang anda tidak mahu ketinggalan! Dari 3 April hingga 1 Mei 2022, penduduk Cyberjaya dan kawasan sekitarnya boleh menikmati bufet Ramadan di sini yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa yang tidak akan mengecewakan seperti Nasi Dagang Kelantan, Patin Pais Tempoyak, Aneka Laksa, Udang Segar Dengan Cili Mentega, Asam Pedas Johor/Tempoyak Sungai Pahang, Kambing Panggang Madu, Mexican Bunuelos dan Zalabiyeh. Jangan lupa untuk cuba bufet Ramadan mereka dengan harga RM 138 untuk dewasa dan RM 69 untuk kanak-
kanak.

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside

Bulan Ramadan ini, berbuka puasa bersama orang tersayang dengan menjamu selera dengan hidangan bufet di Makan Kitchen dari 3 April hingga 3 Mei 2022 di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Rasai warisan makanan Malaysia dengan 80 hidangan lazat mewakili 13 Negeri. Anda juga berpeluang memenangi perjalanan menaiki belon udara yang indah untuk dua orang dengan tempahan bufet ini! Ayuh bersama-sama nikmati juadah “Jelajah Selera” mereka dengan harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak), manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun makan secara percuma.

Tenera Hotel

Menu Istimewa bertemakan “Balik Kampung” menanti anda sekeluarga di Tenera Hotel. Bufet Ramadan di Grand Ballroom di sini menawarkan menu yang pelbagai bagi memenuhi citarasa yang berbeza, sesuai untuk semua tetamu yang diraikan. Bulan Ramadan merupakan masa yang terbaik bagi meraikan keluarga dengan 40 gerai yang menghidangkan lebih 100 menu pilihan bermula pada 4 April sehingga 30 April ini. Hotel Tenera juga menyediakan promosi istimewa pada harga RM88 bagi seorang dewasa hanya untuk 10 hari pertama Ramadan sahaja. Manakala, bagi hari-hari berikutnya, harga untuk seorang dewasa adalah RM118, dan RM59 untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun). Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah makan dengan percuma.

The Saujana Hotel

Raikan kebersamaan dengan orang tersayang dengan Bufet Ramadan “Cita Rasa dan Nostalgia” mereka yang menampilkan hidangan antarabangsa dan tempatan. Manjakan diri dalam keselesaan Bilik Grill Gaya Malaysia Charcoal bermula 2 April hingga 30 April 2022. Menu kambing panggang di sini pasti akan membangkitkan selera anda. Cuba sajian bufet mereka dengan hanya RM170 seorang dan diskaun 50% untuk kanak- kanak. Manakala, kanak-kanak di bawah enam tahun makan secara percuma!

AVANTÉ Hotel

Marilah nikmati “Santapan Rasa Sayang” di AVANTÉ Hotel, Bandar Utama bermula pada 4 April hingga ke 30 April 2022. Hidangan yang ditawarkan adalah pelbagai seperti Daging Dendeng, Kari Kepala Ikan Utara, Ayam Masak Kicap Pedas, Labu Lemak Putih, Bubur Tradisional, makanan laut, Maki & Sushi, ‘Chocolate Fountain’, pencuci mulut dan banyak lagi! Harga bufet Ramadan adalah RM 148 bagi seorang dewasa dan RM 74 bagi seorang warga emas atau kanak-kanak.

Mardhiyyah Hotel & Suites

Raikan bulan Ramadan yang mulia ini dengan menikmati bufet Ramadan bermula dari 4 April hingga 1 Mei 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites. Bufet Warisan Bonda disajikan di sini menampilkan hidangan terbaik dari semua Negeri di Malaysia termasuk hidangan antarabangsa. Buat tempahan sekarang dengan harga RM145 bagi seorang dewasa, RM110 untuk seorang dewasa berumur 60 tahun ke atas, dan RM90 untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun.

Palm Garden Hotel, Putrajaya, A Tribute Portfolio Hotel

Ramadan Kampunglicious kembali dibawakan oleh Palm Garden Hotel, Putrajaya, A Tribute Portfolio Hotel tahun ini. Kumpulkan keluarga dan rakan-rakan anda dan jamu mereka dengan cita rasa kampung halaman yang disediakan oleh Chef Eksekutif dan pasukan kulinari di sini. Pilihan menu antarabangsa juga turut ditawarkan. Semuanya mengenai kepelbagaian rasa yang memikat kerana hotel ini membawakan anda seleksi menu seperti kambing panggang, sate, kari sup dalam kawah, ayam golek dan banyak lagi. Bufet Ramadan Kampunglicious akan berlangsung bermula 4 April hingga 2 Mei 2022 dengan harga adalah RM98 bagi seorang dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak.

New World Petaling Jaya Hotel

Bulan puasa ini, New World Petaling Jaya Hotel menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa dari Kambing Golek Shawarma, Nasi Ayam Hainan hingga Ayam Tandori dan Ais Krim Soft Serve, Ais Kacang, air krim Gelato & Sorbet dan banyak lagi Manjakan diri dengan lebih 150 hidangan menerusi bufet Santapan Warisan dengan harga RM158 (dewasa) dan RM 79 (6 hingga 12 tahun) pada 4 April hingga 7 April 2022. Manakala harga pada 11 April hingga 26 April 2022 adalah RM98 (dewasa) dan RM49 (6 hingga 12 tahun).

Première Hotel

Bulan Ramadan yang tiba diserikan lagi dengan keenakan berbuka puasa di Hotel Premiere bermula pada 4 April hingga 30 April 2022. Menampilkan tema Bufet Ramadan Warna Warni, ianya menampilkan citarasa kampung serta menu makanan Melayu yang popular. Tambahan pula, Hotel Premiere menampilkan stesen memasak secara langsung untuk menu seperti Kuey Teow Goreng, Roti Canai, Pisang Goreng, Popiah Basah, Sate, Apam Balik, dan Murtabak. Dari 16 Mac hingga 3 April 2022, harga Bufet bagi tempahan awal ialah RM98 bagi seorang dewasa. Manakala harga bufet biasa ialah RM 118 bagi seorang dewasa dan RM78 untuk warga emas atau kanak-kanak.

Sheraton Petaling Jaya Hotel

Sheraton Petaling Jaya Hotel menjemput anda untuk “melancong” ke seluruh Malaysia dengan menikmati masakan Melayu warisan istimewa melalui dua bufet Ramadan bertema “Citarasa Rantau” di Feast dan “Santapan Iftar” di Ballroom Banquet. Setiap bufet menampilkan hidangan tempatan seperti Ayam Percik dari Kelantan, Rendang Daging Minang dari Negeri Sembilan, Sayur Paku Belacan dari Sarawak, serta pelbagai hidangan pencuci mulut yang menyelerakan. “Citarasa Rantau” bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022 pada harga RM158 (dewasa) RM79 (kanak-kanak 5-11 tahun), manakala “Santapan Iftar” bermula dari 8 April hingga 29 April 2022 pada harga RM118 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 5-11 tahun).

Selain daripada senarai hotel yang menawarkan hidangan bufet seperti yang dinyatakan di atas, Negeri Selangor turut mempunyai pelbagai jenis restoran dan kedai makan menarik lain yang perlu anda kunjungi terutama bagi berbuka puasa di bulan Ramadan tahun ini. Memandangkan Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia, pemilihan makanan di Negeri ini tidak hanya menepati selera anda, tetapi juga memenuhi perjalanan Pusing Selangor Dulu! anda sepanjang bulan Ramadan ini.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

https://lomp.at/5e3cw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore