Tuesday, September 26, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

Anda Peminat MLBB? 4 Kelebihan Galaxy A53 5G Ini Memang ‘Ngam’!

by Phic ARMAN
April 6, 2022
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Galaxy A53 5G telah tiba, dan ia membawakan banyak ciri yang menarik yang terdapat pada siri mercu Galaxy. Memenuhi hampir semua keperluan yang diperlukan dalam sebuah peranti dengan spesifikasi terbaik dan perisian padat yang disokong secara meluas, digabungkan pula dengan set cip paling berkebolehan setakat ini. Ia sememangnya peranti yang sesuai untuk pemain. Tidak kira sama ada anda seorang pemain yang gemar menghabiskan masa berjam-jam bermain Mobile Legends atau pun seorang newbie, anda boleh mengharapkan Samsung Galaxy A53 5G untuk meningkatkan pengalaman permainan anda.

Inilah sebab-sebabnya:

Membawa pengalaman bermain yang sangat nyata Skrin Galaxy A53 5G adalah besar

Paparan Super AMOLED 6.5-inci dan resolusi HD+ Penuh, dengan kecerahan puncak 800 nit adalah terang dan mudah dilihat pada waktu siang. Peranti ini memaparkan kadar segar semula 120Hz, membolehkan pemain menikmati prestasi permainan yang sangat lancar, dan mampu melihat gerakan pada skrin terpantas dengan jelas dan kurang kabur – dipadankan dengan pengalaman yang menggembirakan berkat skrin yang mengasyikkan, membawa pengalaman bermain yang sangat nyata.

Perkakasan mudah alih adalah lebih baik dari sebelumnya

Galaxy A53 5G dilengkapi dengan cip Exynos 1280 5nm yang berkuasa – menawarkan sambungan yang lebih baik dengan fps yang lebih tinggi, serta penampilan grafik yang lebih baik untuk memberi anda pengalaman permainan optimum yang akan membawa anda kepada kemenangan. Pemain tegar tidak perlu risau dengan peranti menjadi panas berkat sistem penyejukan yang boleh menghilangkan haba dengan lebih cekap berbanding sebelum ini!

Hayat bateri yang bertahan selama dua hari

Kadar penggunaan juga sama penting terutamanya apabila anda sering menghabiskan sebahagian besar masa anda bermain permainan maya pada telefon anda. Anda tidak perlu bimbang tentang peranti anda mati di tengah-tengah pertempuran yang serius – dengan bateri 5,000mAh yang tahan lama, anda boleh luangkan lebih masa dengan telefon anda yang boleh bertahan selama dua hari . Selain itu, jika anda kehabisan kuasa, pengecasan pantas 25W akan mengecas bateri anda sehingga penuh – membolehkan anda kembali beraksi dalam masa yang singkat!

Game Booster 5 – prestasi permainan yang dioptimumkan

Tidak kira jenis permainan yang anda mainkan, Game Booster direka untuk menjadikan pengalaman permainan anda lebih baik! Nikmati permainan maya kegemaran anda tanpa gangguan kerana aplikasi tersebut memantau cara penggunaan pada peranti anda lalu menukar tetapan peranti anda secara automatik untuk mengoptimumkan hayat bateri, suhu dan memori, sambil menyekat notifikasi untuk memastikan prestasi permainan yang optimum.

Galaxy A53 5G kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store pada harga runcit yang disyorkan
RM1,849. Tambahan lagi, dari 1 April hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat Protective Standing Cover bernilai RM99 secara percuma dan dan diskaun 20% Samsung Care+ dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A53 5G baharu. Lebih baik lagi, nikmati penjimatan hebat dengan promosi Purchase with Purchase “PWP” apabila anda menukar beli peranti lama anda yang layak dan terima rebat tambahan sehingga RM150 yang ditambah kepada nilai tukar beli asas  .

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Galaxy A53Samsung Galaxy A53
Share5Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Melancong Sambil Bekerja? Ini Alasan Kenapa MSI Prestige 13 EVO Pilihan Yang Ideal Untuk Anda
Sponsored

Melancong Sambil Bekerja? Ini Alasan Kenapa MSI Prestige 13 EVO Pilihan Yang Ideal Untuk Anda

by Phic ARMAN
September 19, 2023
HUAWEI Beri Jam Tangan Pintar Kepada Setiap Pemenang Pingat Malaysia Pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou
Sukan

HUAWEI Beri Jam Tangan Pintar Kepada Setiap Pemenang Pingat Malaysia Pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou

by Phic ARMAN
September 14, 2023
Ini Alasan Kenapa Apple Akhirnya Menggunakan USB C Pada iPhone 15
Teknologi

Ini Alasan Kenapa Apple Akhirnya Menggunakan USB C Pada iPhone 15

by Phic ARMAN
September 13, 2023
Wah! Banyak Betul PRISM+ Tawarkan Diskaun & Hadiah Semasa Jualan Shopee 9.9 Nanti
Teknologi

Wah! Banyak Betul PRISM+ Tawarkan Diskaun & Hadiah Semasa Jualan Shopee 9.9 Nanti

by Phic ARMAN
September 6, 2023
[VIDEO] Honor V Purse: Telefon Bimbit Lipat Menyerupai Tas Tangan? Biar Betul!
Fesyen

[VIDEO] Honor V Purse: Telefon Bimbit Lipat Menyerupai Tas Tangan? Biar Betul!

by Phic ARMAN
September 5, 2023
Samsung Melancarkan Galaxy Z Flip5, Z Fold5, Siri Watch6 dan Tab S9 Di Malaysia, Banyak Hadiah Dapat Setiap Pembelian!
Teknologi

Samsung Melancarkan Galaxy Z Flip5, Z Fold5, Siri Watch6 dan Tab S9 Di Malaysia, Banyak Hadiah Dapat Setiap Pembelian!

by Phic ARMAN
August 18, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  5. 5

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan