Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nabila Huda Mahu Keadilan Untuk Bella, Barisan Selebriti Luah Rasa Sedih

Tertuduh juga menggunakan kepala water heater panas dan ditekap pada dada Bella

by Naddy Joe
April 8, 2022
Share on Facebook

Kes remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella yang mengalami kecederaan fizikal serta emosi oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun masih hangat dibincangkan masyarakat sehingga hari ini termasuklah pelakon dan pengacara, Nabila Huda yang berkongsi penderaan Bella di media sosialnya.

Sering Disimbah Air Panas

Menerusi Instagram, Nabila memuatnaik kenyataan yang menyatakan saksi yang memberitahu bahawa tertuduh suka menyimbah air panas pada Bella sehingga menggelupur dan membuatkan tertuduh rasa gembira.

“Tertuduh juga suruh penghuni rumah dia ambil air panas dengan cawan Ikea simbah Bella juga, Kalau tak buat, tertuduh akan belasah diorang pula.

Ketika itu, Bella dibogelkan. Bella menggelupur lemah. Minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong Bella.”

Luka-Luka Seluruh Badan Bella Bernanah

via Twitter

Menerusi kenyataannya di Instagram, Tubuh badan Bella menjadi busuk sebab luka-luka seluruh badannya bernanah dan tidak dirawat.

“Satu hari masa tertuduh mandikan Bella. Dia minta saksi ambil air panas dari Cuckoo, dia simbah dekat luka Bella yang masih bernanah.”

Dipaksa Makan Najis

Kongsinya lagi, Tertuduh juga menggunakan kepala water heater panas dan ditekap pada dada Bella. Kemudian menyimbah air panas pada Bella sehingga mengeluarkan najis.

“Tertuduh suruh Bella ambil najis dia makan. Mula-mula Bella taknak. Tertuduh ugut nak letak cili dekat luka-luka dia. Bella pun makan.”

Dibanjiri Komen Rakan Selebriti & Peminat

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tampil meluahkan sedih terhadap apa yang berlaku pada Bella malah ada meminta tertuduh untuk mendapat hukuman ke tali gantung.

“Kejam. Yang macam ni sepatutnya ke tali gantung! Sebelum tu simbah air panas kat dia. Haih geramnyaa.”

“Baca pun dah rasa sakit teramat Ya Allah”-Betty Rahmad

“Tertuduh tu tengah buat apa sekarang? Ada baiknya ramai-ramai sumbat taik jugak tu. Stress la baca.”-Ika Nabella

Menurut Bernama, rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella ada menceritakan padanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Semoga tertuduh mendapat hukuman yang setimpal dengan tindakan kejamnya pada Bella.

adik bellanabila huda
https://lomp.at/ufowv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara