Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] “Kita Kena Cegah Sebelum Parah”- Ziana Zain Selamat Jalani Rawatan Bariatrik

Ziana turut berkongsi mengenai rawatan bariatrik yang bukan sahaja untuk penurunan berat badan malah boleh merawat penyakit gastrik, kolesterol dan diabetic.

by Naddy Joe
April 8, 2022
Share on Facebook

Penyanyi wanita terkenal, Ziana Zain menitipkan rasa syukur setelah selamat menjalani rawatan gastrik di sebuah hospital di ibu kota baru-baru ini.

Selamat Menjalani Rawatan Gastrik

Menerusi hantaran di Instagram, Ziana memberitahu bahawa doktor yang merawatnya memberi penjelasan ternyata angin yang sering menyerangnya ternyata berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar dan menyebabkan dimasuki cecair gastrik dengan mudah.

“Syukur Alhamdullillah, Kak Ziana dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik kak Ziana. @dr.mustafamt menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar so cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu.”-Ziana Zain

View this post on Instagram

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

“Cegah Sebelum Parah”

Tambahnya lagi, Ziana turut membuat perkongsian mengenai rawatan bariatrik yang bukan sahaja untuk penurunan berat badan malah boleh merawat penyakit gastrik, kolesterol dan diabetic.

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa Rawatan Bariatric ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolesterol dan diabetic juga.

Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca permasalahan dari perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah.”-ZIana Zain

Alami Kesukaran Untuk Tidur & Bernafas

Sebelum ini, Ziana Zain turut berkongsi pertemuannya dengan Dr Mustafa mengenai masalah gastrik yang dialaminya sejak tahun 2018 dan menceritakan bahawa dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan tidur sehingga terpaksa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

“Actually ni kali ke-2 dipertemukan dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rasa ada sesuatu yang tak kena dengan diri ni.

Perut cepat rasa tak selesa, angin dalam badan yang menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke IJN untuk pemeriksaan jantung. Semua ni banyak mengganggu urusan harian dan kerja.”-Ziana Zain

View this post on Instagram

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Di akhir hantarannya, Ziana turut menitipkan harapan agar rawatan yang dijalaninya akan memudahkan urusan kerjanya tanpa sebarang masalah dan kesihatan kembali normal.

Perancangan Sejak 3 Tahun Lalu! Empat Live in Kuala Lumpur 2025: Konsert Bersejarah Empat Vokal Unggul Negara
ziana zain
https://lomp.at/nboym
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara