Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sudah Berkahwin? Britney Spears Umum Hamil Anak Ketiga!

Britney turut memberitahu bahawa dia tidak akan banyak keluar dari rumah untuk mengelakkan dirinya dirakam oleh paparazzi.

by Naddy Joe
April 12, 2022
Share on Facebook

Penyanyi terkenal Britney Spears mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga bersama pasangannya Sam Asghari.

Perut Semakin Membesar

Khabar gembira itu diumumkan olehnya sendiri menerusi hantaran di Instagram yang menceritakan bahawa dia beras pelik dengan keadaan perutnya sebelum melakukan ujian kehamilan dan disahkan hamil.

“Saya kurangkan berat badan demi percutian ke Maui, (Hawaii) hanya untuk menambahkan berat badan kembali.

Saya fikir apa masalah dengan perut saya? Suami saya mengatakan bahawa saya mengandungkan makanan.

Jadi saya melakukan ujian kehamilan dan saya sedang hamil. Empat hari kemudian perut semakin membesar”-Tulis Britney

Tidak Akan Keluar Rumah Untuk Elak Dirakam Paparazzi

Tambahnya lagi, Britney turut memberitahu bahawa dia tidak akan banyak keluar dari rumah untuk mengelakkan dirinya dirakam oleh paparazzi.

“Saya tidak akan kerap keluar rumah memandangkan paparazzi mendapat wang dengan mengambil gambar saya. Ironinya, mereka (paparazzi ) telah pun melakukannya sebelum ini.”-Britney Spears

Kehamilan Bukan Mudah

Britney Spears mendedahkan bahawa kehamilan bukanlah mudah baginya kerana dia akan mengalami kemurungan kehamilan (perinatal depression) setiap kali hamil.

“Ianya sukar kerana ketika saya hamil saya mengalami kemurungan kehamilan. Saya perlu katakan ia amat mengerikan. Wanita tidak bercakap mengenainya ketika itu.

Sesetengah orang menganggap ia berbahaya jika seorang wanita mengadu mengenai kemurungan ketika hamil. Namun, kini wanita bercakap tentangnya setiap hari”-Britney Spears

Sekadar info, Britney Spears sebelum ini pernah berkahwin dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Bekas Suami Dedah Kelakuan Pelik Britney Spears- "Setiap Malam Dia Tengok Anak Tidur Sambil Pegang Pisau"

Pada tahun yang sama, Britney berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kevin Federline dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Walaubagaimanapun, mereka telah bercerai pada 2007.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
britney spears
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara