Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

“Terus Mencari Guru” – Diana Amir Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah Hafaz Al-Quran

Diana tidak pernah jemu mencari guru bagi membetulkan bacaan al-quran

by Puteri Alia
April 21, 2022
via Instagram Diana Amir

via Instagram Diana Amir

Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 36, yang kini tampil dengan imej berniqab setelah lebih 10 tahun berhijrah memakai tudung.

Akui Ada Jatuh Bangun Untuk Kekal Istiqamah

Meninjau di Instagram Diana, salah satu muatnaik selebriti ini menarik perhatian ramai bila mana diana mengakui banyak jatuh bangun untuk kekal istiqamah bagi mendalami dan menghafaz al-quran.

Melihat dalam penulisan Diana, wanita hebat ini tidak jemu dan malu untuk mencari guru bagi membetulkan bacaannya malah berharap agar dapat memiliki kefasihan lidah untuk menghafaz dan memahami al-quran.

“Perjalanan Diana dan Al Quran ada jatuh bangun, tapi Allah suka hambaNya yang istiqamah kan? Terus mencari guru dan betulkan bacaan, jangan pernah malu walaupun usia tak berapa muda. Semoga dikurnia hati yang sentiasa dekat dengan Al Quran, amin.

Jazakallah @mcplus.my jemput Diana, tumpang berkat majlis ilmu yang dijalankan di hari yang mulia bersama sahabat-sahabat dan guru yang mulia. Banyak salah saya ni, doakan terus diberi kefahaman agama dan kefasihan lidah, insyaAllah untuk menjadi ahli Al Quran, amin.” tulisnya

via Instagram Diana Amir

Peminat Kagumi Perubahan Diana

Melihat hantaran yang dimuatnaik Diana di Instagram nya, ramai peminat selebriti ini memberi komen di mana rata-ratanya ramai meluahkan rasa kagum melihat perubahan Diana dan mendoakan agar dia sentiasa kekal istiqamah dalam apa yang dilakukannya.

“Subhanallah.. Suka tengok cara kak Diana yang sentiasa istiqomah.. Moga Allah jaga”

“Sukanya kak Diana. Sayang akak, semoga istiqamah dan dalam lindungan Allah selalu aamiin aamiin”

“Suka sangat perubahan akak” titip mereka

via Instagram Diana Amir

“MasyaAllah dari dulu suka dengan kak Diana tambah dengan penghijrahan kak Diana..”

“MasyaAllah hebat-hebat semua”

“Mashaallah tabarakallah.. Semoga sihat dan sentiasa istiqamah @dianaamir” komen mereka

Apa pun semoga Diana terus kekal istiqamah, berjaya menghafaz dengan lancar dan memahami al-quran.

Diana Amir
https://lomp.at/cxs1e
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore