Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Penerbit Ayu Puteh Ulas Isu Lelaki Pilih ‘Skandal’ Dari Isteri Cantik Dan Serba Boleh

by Puteri Alia
April 21, 2022
via Instagram Ayu Puteh

via Instagram Ayu Puteh

118
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik penerbit Pencil Pictures And Records, Datuk Normashayu Puteh atau lebih mesra disapa dengan nama Ayu Puteh gemar mengulas dan berkongsi pandangan berkaitan isu-isu yang menarik perhatiannya.

Ulas Isu Lelaki Pilih Skandal Dari Isteri

Terbaru penerbit serba boleh ini tertarik dengan ciapan pemilik akaun Twitter @pedoqpop yang mempersoalkan sikap kaum lelaki curang, yang lebih rela memilih wanita simpanan berbanding isteri mereka yang jauh lebih cantik dan berkebolehan.

“Soalan serius, kenapa suami lebih lebih suka turun taraf bila pilih skandal? Bini elok cantik letup tapi curang dengan perempuan muka standard penyendal pintu. Kenapa eh?” ciapnya

via Instagram Ayu Puteh

Menjawab soalan yang tular di media sosial itu, Ayu memberi ulasan dan pandangannya yang tersendiri mengenai isu yang menjadi barah dalam hubungan rumahtangga masyarakat masa kini.

“Paling tak boleh angkat. Laki suka betina separuh telanjang dan bodoh otaknya. Asalkan seksi katanya. Suami macam ni layak jadi Mainan saja. Sesuai pasangannya.. Allahu.. Kalau kahwin pun itu je lah pun gunanya.

Jelas dah tu iman tak ada! Memilih skandal begitu tapi isteri kena yang wow bijak pandai cari duit.. Sikit punya banggang otak dia. Sebenarnya (emoji ibu jari kebawah) #wanitalebihbijak” ulasnya

Akui Bukan Ustazah Atau Doktor Jiwa Tetapi..

Meski penerbit filem Autumn In Wales ini gemar mengulas idan memberi pandangan berkaitan isu-isu yang menarik perhatiannya, Ayu akui dia bukanlah seorang ahli agama mahupun doktor jiwa tetapi lebih sekadar memberi kata nasihat yang logik semata kepada umum.

“Assalamualaikum. Maaf ya sayang-sayang. Kita bukannya ustazah tau atau doktor jiwa. atau wanita yang tiada masalah.. (Tiada manusia tak ada masalah ok). Apa yang boleh nasihat, saya nasihat lah. Ikut kata hati saya yang logik.” kongsinya

via Instagram Ayu Puteh

Lebih Selesa Kongsi Nasihat Secara Dalam Talian

Melihat dalam perkongsian di Instagram ada segelintir pengguna media sosial ingin untuk berjumpa dengan penerbit ini untuk meminta nasihat, namun Ayu mengatakan dengan jelas dia lebih selesa berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian secara dalam talian sahaja.

“Nak jumpa jumpa.. Saya minta maaf lah.. Tak selesa.. Setakat DM atau WhatsApp tu boleh lah kita kongsi dan cari penyelesaian apa yang mampu.. Insha Allah…” jelasnya

Dalam akhir perkongsian Ayu di Insta-Stories nya, penerbit ini menitip pesan untuk mencari kebahagian diri perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, berserah kepada tuhan dan selebihnya berusaha mencari kebahagian yang sesuai dengan diri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ayu puteh
https://lomp.at/qcf4o
Share47Tweet30SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    Penerbit Ayu Puteh Ulas Isu Lelaki Pilih ‘Skandal’ Dari Isteri Cantik Dan Serba Boleh

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem