Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

VIXX Ravi Bakal Keluar Dari Program 2 Days & 1 Night Musim Ke-4. Ini Sebabnya!

Bintang Kpop ini bakal undur diri dari rancangan realiti demi menjalani khidmat ketenteraan tidak lama lagi

by Puteri Alia
April 22, 2022
via Instagram KBS Unicorn

via Instagram KBS Unicorn

80
KONGSIAN
Share on Facebook

Rancangan realiti popular Korea, 2 Days & 1 Night Musim Ke-4 yang dikemudi oleh Kim Jong Min, Moon Se Yoon, Yeon Jeong Hun, Dindin, Ravi dan Na In Woo bakal kehilangan salah seorang anggota tetapnya.

Ravi Undur Diri

Hal ini tular bila mana penyanyi kumpulan VIXX, Ravi, yang juga merupakan ahli rancangan tersebut mendedahkan bahawa dia bakal keluar dari program kegemaran ramai itu tidak lama lagi kerana bakal menjalani khidmat ketenteraan.

via Instagram Ravi

Memetik dari Soompi, Ravi mendedahkan perkara tersebut semasa melakukan sesi siaran langsung bersama peminat di VLIVE semalam. Ravi juga mengatakan waktu dia bersama ahli-ahli 2 Days & 1 Night, adalah saat yang menyeronokkan baginya.

“Baru-baru ini saya rakam percutian 2 Days & 1 Night terakhir saya.

Saya mahu beritahu peminat tentang pengunduran saya, jadi saya lakukan siaran langsung ini. Walaupun belum rasmi tetapi ianya dah diputuskan, tiba masa saya bersedia.

Saya selalu rasakan masa cepat berlalu, tapi ianya memang pergi dengan cepat. Walaupun ia adalah percutian terakhir saya, saya nikmati waktu yang seronok bersama abang-abang (hyungs) dan Na In Woo.

Ketika ini, saya lakukan yang terbaik dalam apa yang perlu saya lakukan dan apa yang boleh saya lakukan.” – memetik kenyataan Ravi dari Soompi

Krew Produksi Sahkan Kenyataan Ravi

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ravi, krew produksi rancangan tampil memberi respon dan sekaligus mengesahkan berita pengunduran bintang Kpop tersebut dari program popular berkenaan.

“Apa khabar, ini pasukan produksi KBS2 “2 Days & 1 Night Musim 4”

Kami ingin maklumkan anda demi menunaikan tanggungjawab ketenteran dia, Ravi bakal mengundur diri dari program ini.

Bermula selepas percutian “Wish Us Luck” yang bakal ditayangkan minggu depan, buat sementara waktu kami akan berpisah dengan Ravi. Dan kami minta anda berikan dia sokongan penuh di masa akan datang.” – memetik kenyataan produksi 2 Days & 1 Night dari Soompi

via Instagram KBS Unicorn

Sekadar info, Ravi merupakan ahli tetap rancangan 2 Days & 1 Night sejak tahun 2019 dan kini bintang Kpop ini bergerak secara solo di bawah syarikat naungannya sendiri iaitu Groovl1n.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
2 Days & 1 NightVIXX Ravi
https://lomp.at/cpc5d
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem