Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sibuk Promosi Kuih Raya, Tapi Kenapa Netizen Tertarik Tengok Warna Inai Di Kuku Neelofa?

Gara-gara ramai yang bertanya Neelofa dedah bakal keluarkan produk henna tak lama lagi

by Puteri Alia
April 25, 2022
via Instagram Neelofa

via Instagram Neelofa

945
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik usahawan dan selebriti terkenal tanah air, Neelofa semalam di mana selebriti ini bersama suaminya Haris Ismail membuat siaran langsung bagi mempromosikan produk biskut raya keluaran mereka di Instagram.

Selesai mempromosi biskut raya yang dikenali dengan jenama Nunha itu, Neelofa berkongsi pula tangkap layar mesej-mesej dari pengikutnya di Instagram dengan menyoal produk inai yang digunakan selebriti jelita ini.

via Instagram Neelofa

Pakai Inai Nunha

Gara-gara ramai yang bertanya jenama inai yang digunakan, Neelofa mendedahkan bahawa dia memakai produk inai keluaran dirinya sendiri iaitu inai Nunha. Usahawan wanita hebat ini juga, maklumkan dia bakal melancarkan produk inai itu tidak lama lagi.

“Dm saya hari-hari orang tanya pasal innai.. Pening akak nak jawab!! Ni innai NUNHA.. Tengah production.. Memang rancang nak keluar raya tapi saya panjangkan untuk R&D lagi.. Alhamdulillah, saya puas hati sangat-sangat !!” Dedahnya

via Instagram Neelofa

Bukan Mudah Hasilkan Inai Kena Dengan Citarasa

Menerusi pendedahan Neelofa di Insta-Stories nya, selebriti ini dedah bukan mudah bagi pasukannya menghasilkan inai yang bertepatan dengan citarasa dirinya dan banyak uji kaji telah dilakukan untuk dapatkan warna inai yang diminati.

“Innai ni bukan main susah saya nak cari warna yang betul-betul kena dengan jiwa.. Tekstur yang paling elok, tak comot kalau kena kulit, tak pening bau kalau pakai.

Jadi semua masalah-masalah innai ni saya jumpa dalam innai yang saya pakai ni setelah sekian lama kita buat ujian makmal..

Terima kasih kepada pasukan yang berpulun puaskan hati akak yang sangat cerewet ini.. Nanti kan ok!! Tak lama lagi dah” Umumnya

Memang cantik betul warna inainya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Inaineelofa
https://lomp.at/2evp5
Share378Tweet236SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem