Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Cipta Sejarah Baru! Kenali Suzanne Low, Artis R&B Trilingual Pertama Di Malaysia

Anak kelahiran Pulau Pinang ini mula menyanyi sejak usia 5 tahun lagi dan mendapat galakan daripada ibunya.

by Naddy Joe
April 26, 2022
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Namanya sebelum ini begitu asing bagi pendengar lagu Melayu namun Suzanne Low kini semakin mendapat perhatian apabila single pertamanya, “Disentuhi Cinta”, mula diterima pendengar stesen TV, radio dan YouTube.

Artis R&B Trilingual Pertama Di Malaysia

Apa yang menarik, Suzanne mengukir sejarah baru bagi industri muzik tempatan apabila menjadi artis R&B trilingual pertama di Malaysia yang berjaya merakamkan lagu dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Karya itu adalah Disentuhi Cinta / Endlessly / Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai. Ciptaan komposer handalan Yu Heng yang bergenre R&B dan Soul. Ia telah diedarkan ke semua platform digital pada sambutan Hari Kekasih, 14 Februari 2022.

Mula Menyanyi Sejak Usia 5 Tahun

Anak kelahiran Pulau Pinang ini mula menyanyi sejak usia 5 tahun lagi dan mendapat galakan daripada ibunya. Bakat Suzanne akhirnya dikesan Yu Heng ketika berusia 19 tahun lalu disunting bernaung di bawah Golden Shore Entertainment Sdn Bhd.

Pernah Sertai Pelbagai Program Nyanyian

Beliau juga pernah menyertai program nyanyian “The Voice Malaysia” dan “Sing!! China” di Shanghai pada 2018 dan berada pada kedudukan selesa.

Ketika ini Suzanne masih menimba pengalaman menyanyi live di beberapa kelab malam dan lounge sekitar Lembah Klang. Dia akui meminati Tan Sri P. Ramlee, Dato’ Sheila Majid dan Jaclyn Victor.

YouTube video
suzanne low
https://lomp.at/zkog2
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem