Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Derma Barang Terpakai Buat Golongan Kurang Mampu Untuk Persediaan Cari Kerja

Inisiatif dilakukan bagi membantu individu yang kurang mampu yang terjejas akibat pandemik buat persediaan mencari kerja

by Puteri Alia
May 2, 2022
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Carousell Malaysia dan Yellow House KL melancarkan kempen #SamaSamaSapot yang merupakan satu inisiatif, bagi memberi sumbangan dari segi pakaian kerja dan barangan gajet terpakai untuk individu yang terjejas akibat pandemik.

Platform jual beli popular ini berharap dengan kempen yang dilaksanakan, sedikit sebanyak dapat membantu golongan kurang mampu membuat persediaan bagi mencari peluang pekerjaan.

Menderma Ikut Kategori

Dengan ada kempen ini, pengguna Carousell yang berminat untuk memberi sumbangan boleh menyediakan barangan kerja mengikut senarai kategori yang dinyatakan di akaun Carousell masing-masing berserta tanda pagar #SamaSamaSapot sebagai tajuk.

Antara barangan kerja yang diperlukan:

  • Barangan gajet – telefon bimbit, komputer riba, tablet, pengecas, wayar USB dan mesin pencetak.
  • Pakaian kerja untuk lelaki – baju lengan panjang, tali pinggang, seluar panjang, kasut pejabat dan beg.
  • Pakaian kerja untuk wanita- baju kurung, kasut bertutup, seluar panjang, beg dan pakaian lain yang sesuai untuk bekerja.

Kempen ini akan bermula pada 20 Mei ini nanti dan pihak Yellow House KL akan menghubungi penderma barangan terpilih untuk membuat temujanji bagi proses penghantaran.

Selain menyumbang barangan terpakai, penderma juga boleh memberi bantuan dari segi kewangan melalui aplikasi Carousell atau hubungi pihak Yellow House KL.

Adakan Bengkel Persediaan Cari Kerja

Bagi memberi sokongan tambahan, pihak Carousell dan Yellow House KL juga menyediakan bengkel bersama jurulatih profesional bagi membantu kumpulan mencari kerja membuat persediaan.

Antara kelas yang bakal diajar kepada peserta pencari kerja adalah menulis CV bagi memohon kerja, pemilihan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga dan juga cara menangani situasi di tempat kerja.

Apa pun bagi yang berminat untuk memberi sumbangan menerusi kempen #SamaSamaSapot, ikuti laman Carousell dan Yellow House KL.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
#SamaSamaSapotCarousellYellow House KL
https://lomp.at/9fcx0
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem