Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Artis Pertama Tiktok, Fatia Kembali Dengan Single Baharu!

by Aphit J.
May 8, 2022
54
KONGSIAN
Share on Facebook

TikTok, platform utama untuk video pendek mudah alih, bersama artis globalnya yang pertama, Fatia, sekali lagi melakarkan kejayaan dalam industri muzik dengan pelancaran lagu kedua beliau berjudul Bebas Jadi Diriku.

Mengajak Masyarakat Menjadi Diri Sendiri

via Lifestyle Asia

Rentetan kejayaan single sulungnya, My World Too, yang dilancarkan pada November 2021, lagu terbaharu beliau ini turut menyeru orang ramai untuk mencari keberanian membebaskan diri daripada pandangan masyarakat, menjadi diri sendiri dan mengukir perjalanan hidup masing-masing.

Sebagai Peringatan Kepada Diri Sendiri

via Youtube

Mengulas mengenai lirik lagu, beliau menambah, “Bebas Jadi Diriku mengangkat mesej mengenai sikap sesetengah masyarakat di sekeliling kita yang berpura-pura menghulurkan sokongan dan galakan namun hakikatnya mereka iri hati terhadap kejayaan orang lain.”

Tambahnya lagi, “ia penting untuk kita mengenali diri sendiri dan berpendirian teguh kerana tiada yang mustahil dalam hidup ini. Saya menujukan lagu ini khas buat generasi saya dan juga sebagai peringatan yang kita mampu menggapai apa sahaja. Oleh itu, jujurlah pada diri sendiri dan jadilah orang yang kita inginkan kerana takdir itu merupakan satu pilihan.”

Karya Pertama Dalam Bahasa Malaysia

via Lifestyle Asia

Bebas Jadi Diriku adalah karya pertama Fatia dalam Bahasa Malaysia. Ditulis oleh Shah Shamshiri dan digubah oleh komposer lagu terkenal Malaysia, Aubrey Suwito, yang juga telah menulis karya klasik Malaysia seperti Gemilang serta Layarlah Kembali, lagu ini kini boleh didengar di semua platform penstriman digital.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mengenali Fatia dan mendengar lagu Bebas Jadi Diriku. TikTok tersedia secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store serta Huawei AppGallery.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Fatia
https://lomp.at/11kbp
Share22Tweet14SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem